6 Perkara Anda Wajib Tahu Tentang DETOKS

DETOKS?!

“Macam pernah ku dengar istilah ini. Tapi di mana, ya?”

Tentu ramai yang pernah dengar perkataan ini, kan? Tapi tahukah anda apa itu DETOKS sebenarnya?

 

1. Apa itu DETOKS?

Ini perkara PERTAMA anda WAJIB tahu bila bercakap tentang Detoks.

DETOKS atau bahasa orang putihnya ialah detox (singkatan kepada detoxification), adalah proses membuang TOKSIN dari dalam badan kita, atau dipanggil juga Nyah-Toksin. Jadi, sebelum kita bincang pasal DETOKS, jom kita ambil tahu dulu tentang TOKSIN.

2. Toksin & sumbernya

Toksin adalah bahan beracun yang dihasilkan di dalam sel-sel hidup atau organisma.

Ia berada di mana-mana. Tanpa kita sedari, sebenarnya kita hidup di dunia toksin! Dahsyatkan bunyinya? Nak tahu dari mana sumber toksin?

Terdapat 5 sumber utama iaitu;

  • Badan kita sendiri – badan kita pun menghasilkan toksin melalui beberapa proses di dalam badan seperti senaman, pencernaan makanan dan sebagainya.
  • Udara – udara yang tercemar seperti jerebu
  • Makanan – makanan yang diproses, pewarna tiruan, perisa tiruan dan racun serangga adalah antara contoh toksin di dalam makanan
  • Air – hujan asid, sisa buangan perindustrian yang dibuang di sumber air, logam berat di dalam air paip adalah contoh toksin di dalam air
  • Gaya hidup – gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum arak dan diet tidak sihat juga antara punca terdedah dengan toksin

3. Badan kita juga buat DETOKS

Sebenarnya, Allah dah ciptakan badan kita sendiri pun boleh Detoks.

  • Paru-paru – keluarkan karbon dioksida
  • Sistem limfa – keluarkan sel darah yang mati, patogen (bakteria atau virus) dan sebagainya
  • Hati – menapis darah dan mengeluarkan bahan kimia dan dadah
  • Sistem pencernaan – memproses makanan dan mengeluarkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan
  • Buah pinggang – melalui pengeluaran air kencing
  • Liang peluh – mengeluarkan peluh

4. Kenapa perlu DETOKS?

Mungkin ada yang tertanya, kalau badan kita sendiri boleh detoks, jadi kenapa kita sibuk-sibuk nak detoks pula?

Jawapannya senang sahaja. Kita guna analogi kereta.

Kereta yang hebat macam mana pun, semakin bertambah usia kereta atau semakin kerap kita gunakan kereta itu, semakin lama prestasinya akan semakin berkurang. Namun, jika kita sentiasa membuat pemeriksaan dan penyelenggaran, kereta tadi akan terjaga prestasinya. Atau akan lambat rosak.

Begitu juga badan kita. Dengan menambahkan sedikit usaha daripada kita, insyaAllah badan kita akan lebih sihat. Risiko nak dapat penyakit pun rendah.

5. 8 Manfaat DETOKS

Ini perkara kelima anda WAJIB tahu tentang DETOKS. Banyak sebenarnya manfaat detoks ini. Yang saya boleh senaraikan ialah 8.

a) Menurunkan berat badan

Badan kita memerlukan lemak. Badan kita juga mempunyai kebolehan semulajadi untuk membakar lemak bagi menghasilkan tenaga. Namun, kehadiran toksin boleh mengganggu kebolehan semulajadi ini, menyebabkan peningkatan berat badan dan juga meningkatkan risiko mengidap diabetes.

Oleh itu, amalan detoks yang bagus dan sihat dapat membuang toksin ini. Bila toksin tiada, badan boleh membakar lemak seperti biasa. Hasilnya, berat badan akan turun.

b) Melegakan perut kembung dan sembelit

Pernah tak duduk dalam tandas lama-lama? Atau terpaksa buka butang seluar apabila perut sakit? Itu tandanya usus kita tidak lawas.

Usus kita ini membawa keluar sisa makanan dari badan. Namun, ada antara sisa ini seperti makanan yang diproses, makanan rendah serat dan lemak yang tidak sihat akan berkumpul secara perlahan-lahan di dalam usus kita. Lama-lama usus kita akan tersumbat. Bila toksin ini berkumpul, kita akan rasa kembung, dan tak selesa. Maklumlah dah lama tak ‘membuang’. Lebih parah lagi, ia boleh menyebabkan penyakit kolon dan kanser.

Kolon berfungsi sebagai sistem kumbahan bagi tubuh kita. Ia kena selalu kosong dan kena selalu dibersihkan supaya boleh berfungsi dengan baik. Detoks dapat membantu kita membersihkan dan mengosongkan kolon. Ia bukan setakat boleh melegakan sembelit, malah menggalakkan juga pergerakan usus yang sihat. Jadi, toksin dalam badan boleh dikeluarkan.

c) Merangsang tenaga

Tadi kita sudah bincangkan yang badan kita mampu buat detoks sendiri. Namun, sebenarnya banyak tenaga yang diperlukan untuk badan kita detoks. Tenaga yang diperlukan pula bergantung kepada berapa banyak toksin di dalam badan kita.

Jika kita selalu rasa lemah dan tak bertenaga, itu tandanya banyak toksin ada di dalam badan kita. Detoks boleh membantu badan kita membuang toksin tersebut. Hasilnya badan kita akan lebih bertenaga dan sihat. Ya, lah. Sebab kerja-kerja detoks yang badan kita buat, dad ada yang tolong buatkan 😉

d) Menyekat selera/mengidam

Apabila kita sudah membersihkan badan kita dari mengambil toksin yang tidak sihat, kemudian menggantikannya dengan mengambil makanan yang tinggi nutrien, secara tidak langsung, otak kita sudah diprogram. Diprogram untuk mengatakan ‘Selamat Tinggal’ kepada makanan yang tidak berkhasiat seperti kafein, gula dan lemak. Jadi, tiada lagi peluang untuk kita mengidam makanan yang tidak sihat.

e) Kulit yang lebih cantik

Organ luaran terbesar badan kita ialah kulit dan ia menggambarkan apa yang berlaku di dalam badan kita. Kulit membantu membuang toksin dengan mengeluarkan peluh. Apabila kelenjar peluh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak dikeluarkan, ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit kulit termasuk jerawat.

Detoks boleh membantu mengeluarkan toksin itu dan menjadikan kulit lebih cantik tanpa masalah kulit.

f) Mengurangkan stress

Toksin ada kaitan dengan STRESS? Bunyi macam pelik, tetapi ianya benar!

Apabila badan kita penuh dengan toksin, minda kita juga turut sama stress. Bila toksin banyak, kemampuan badan untuk menyerap nutrien akan menurun. Badan pun tak suka dengan toksin, jadi ia akan keluarkan hormon tekanan iaitu kortisol.

Detoks dapat membantu buang toksin. Badan pun akan gembira, jadi kita pun tidak stress.

g) Menguatkan sistem imunisasi

Radikal bebas sangat suka merosakkan sel badan kita. Jika kita selalu terdedah dengan toksin, ini boleh menyebabkan radikal bebas membiak. Kesannya, sistem imunisasi kita akan terjejas.

Jadi, dengan detoks, radikal bebas akan disingkirkan dari badan kita, dan badan kita akan lebih kuat!

 

h) Tidur yang lebih lena

Toksin, terutamanya logam berat, mengganggu keseimbangan sel normal dan mewujudkan radikal bebas. Radikal bebas, juga meningkatkan pengeluaran hormon tidur dan mengganggu pola tidur. Kadang-kadang boleh menyebabkan insomnia.

Detoks boleh menyokong penyingkiran logam berat dari badan dengan dan boleh membantu menetapkan semula corak tidur. Jadi kita mendapat rehat yang berkualiti.

6. Cara DETOKS

Bila dah tahu 5 perkara tentang detoks di atas, tentu ramai yang berkobar-kobar nak detoks, kan? Dan tentu ada yang tertanya-tanya, macam mana nak detoks? Banyak cara sebenarnya, namun saya kongsikan sebahagian darinya.

Cara-cara detoks:

  1. Minum air kosong yang banyak (3 liter sehari) bagi membantu mengalirkan toksin keluar dari badan
  2. Banyakkan serat dalam makanan. Serat seperti buah dan sayur dapat membantu proses perkumuhan
  3. Kerapkan bersenam bagi membolehkan toksin dikeluarkan melalui peluh
  4. Rutin tidur yang sihat. Hati kita ‘bekerja’ membuang toksin di antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Jadi, seeloknya, pada waktu ini kita sudah tidur untuk memberi laluan hati kita ‘bekerja’ dengan tenaga yang cukup
  5. Mengambil suplemen makanan untuk membantu proses detoks
  6. Puasa satu atau dua hari seminggu untuk memberikan rehat kepada organ kita. Itu adalah hikmah Rasulullah sunatkan kita berpuasa Isnin dan Khamis 😉

Senarai ini boleh jadi panjang lagi. Tapi cukuplah sampai sini dahulu. Yang penting biar sikit asalkan kita istiqomah.

Bulan Ramadhan semakin hampir. Apa kata kita bersedia menyambutnya dengan mulakan detoks dari sekarang. Kita dah boleh mulakan puasa sunat supaya badan terbiasa untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Jom DETOKS yang SIHAT!

Azlin Azlan
Ibu baru habis pantang

6 Perkara Anda WAJIB Tahu Tentang DETOKS

5 thoughts on “6 Perkara Anda WAJIB Tahu Tentang DETOKS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge