Kembangkan potensi otak kanan dan otak kiri anak-anak Anda melalui kelas Abacus-Mental Arithmetic yang kami anjurkan. Cuma seminggu sekali, sejam setengah bagi setiap sesi.

Apa itu Mental Arithmetic?

abacus-mental-arithmetic

Mental Arithmetic adalah satu kaedah pengiraan yang melibatkan operasi tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (/) di mana para pelajar akan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut. Ia melibatkan tahap penguasaan otak kanan.

Abacus-Mental Arithmetic pula adalah kaedah mental arithmetic yang menggunakan abacus (sempoa/soroban) sebagai alat bantu.

Kenapa perlu ajar Mental Arithmetic?

  1. Merangsang serta menggilap potensi otak sehingga berkembang dan mencapai fungsi yang maksimum
  2. Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan
  3. Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran, tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir
  4. Penekanan yang seimbang dalam 3 aspek iaitu ‘Intellectual Quotient’ (IQ), ‘Emotional Quotient’ (EQ) dan ‘Spiritual Quotient’ (SQ)
  5. Meningkatkan kemahiran latihan untuk potensi motor halus
  6. Melatih kanak-kanak pra-sekolah untuk bersedia menerima arahan

Kanak-kanak yang mempelajari Mental Arithmetic…

mental-arithmetic

  1. Berkebolehan mengira dengan PANTAS dan CEPAT
  2. Mencungkil KECERDASAN MINDA dalam merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, penglihatan dan disiplin masa
  3. Menambah KEYAKINAN DIRI di samping cekap dalam subjek Matematik
  4. Meningkatkan KECERGASAN REAKSI terhadap sesuatu, mudah mengikuti dan memahami pembelajaran guru
  5. Menguatkan kemahiran KREATIF dan IMAGINATIF
  6. Meningkatkan kemahiran ANALISIS dan LOGIKAL
  7. Keupayaan PEMERHATIAN yang lebih tajam

Kelas Mental Arithmetic

Parents BIJAK mengendalikan Kelas Mental Arithmetic di bawah perlesenan Islamic Parenting Network (IPN). Kelas kami beroperasi di Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

abacus-mental-arithmetic

Kaedah yang digunakan ialah;

  1. LIHAT KIRA – pelajar akan membuat latihan pengiraan menggunakan kertas latihan dan menulis jawapan
  2. DENGAR KIRA – pelajar akan mendengar soalan yang diberikan oleh guru dan menulis jawapan tersebut
  3. BAYANG KIRA – pelajar akan membayangkan pergerakan manik semasa menyelesaikan masalah pengiraan

Ketiga-tiga proses ini haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Maklumat Kelas

Kelas berlangsung seminggu sekali (4 kali sebulan). Tempoh bagi setiap kelas ialah 1 jam 30 minit yang diselangi dengan 2 kali rehat selama 10 minit. Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual kelas, boleh berhubung langsung dengan kami.

013-9752402 (Azlin Sensei)

parentsbijak@gmail.com

FB: Parents BIJAK

Syarat kelayakan pelajar

Kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas yang memenuhi ketiga-tiga syarat di bawah layak untuk mengikuti kelas yang kami jalankan (tertakluk kepada kekosongan).

  1. Memahami konsep nombor dan bilangan
  2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
  3. Boleh menulis nombor 0-9

Hubungi kami sekiranya anda berminat daftarkan anak anda ke kelas Mental Arithmetic anjuran kami.

abacus-mental-arithmeticabacus-mental-arithmetic