Agen Anti-Penuaan: Mitos atau Realiti? Telomere ada jawapannya!

Telomere| Setuju atau tidak, semua orang akan melalui proses penuaan. Antara tanda badan mengalami proses penuaan seperti, semakin bertambah usia, kulit semakin nipis dan berkedut, rambut semakin beruban, penglihatan semakin kabur, begitu juga sendi semakin sakit.

Percaya atau tidak, sebenarnya sudah lama ilmuan mengkaji tentang proses penuaan ini. Sejak pertengahan abad ke-20 lagi dan semakin berkembang hingga sekarang. Dari situlah lahirnya istilah Anti-Penuaan. Mutakhir ini kita biasa dengar tentang istilah Agen Anti-Penuaan terutamanya di dalam produk kecantikan atau produk kesihatan.

Persoalannya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan Anti-Penuaan? Orang tua kembali muda, kah? Atau kita kekal muda, tidak menjadi tua, kah? Bagaimana pula dengan Agen Anti-Penuaan? Betulkah ia boleh menjadikan kita kekal muda? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu memahami apa yang berlaku di dalam badan kita terlebih dahulu.

TELOMERE ada jawapannya!

Bagi memudahkan kita memahami apa yang berlaku di dalam badan kita, kita ambil gambar kasut di atas sebagai analogi. Kasut berfungsi melindungi kaki kita dari sebarang anasir yang boleh mencederakan kaki. Tali kasut pula berfungsi untuk memastikan kasut yang kita pakai tidak longgar, sesuai dengan saiz kaki. Di hujung tali kasut pula, ada satu plastik yang berfungsi memelihara jalinan benang pada tali kasut, dan untuk memudahkan pemakai semasa memasukkan tali kasut ke dalam lubangnya. Rangkuman ini membolehkan kasut dipakai dengan baik.

Semakin kerap kita memakai kasut, semakin kerap kasut terdedah kepada anasir yang boleh merosakkan kasut. Seperti air, debu, kotoran, paku dan sebagainya. Begitu juga tali kasut. Semakin kita kerap memakainya, kondisinya akan semakin longgar dan haus malah paling teruk, hujung tali kasut menjadi berbulu kerana plastik yang mengikatnya sudah tercabut. Jika dibiarkan sahaja kasut itu, tanpa dibasuh, tanpa ditukar tapaknya, tanpa dibaiki talinya, akhirnya, kasut yang dahulunya baharu, bertukar menjadi lama dan buruk. Ia tidak lagi dapat berfungsi melindungi kaki kita.

Nah, itulah yang berlaku pada badan kita. Atau lebih spesifik lagi, kepada sel di dalam badan kita. Kalau kasut, plastik di hujung tali kasutlah yang memainkan peranan penting dalam membolehkan tali kasut menjalankan fungsinya, yang akhirnya memberi kesan kepada fungsi kasut. Kalau sel badan kita pula, TELOMERE lah yang memainkan peranan penting agar sel dapat berfungsi sebaiknya, yang akhirnya memberi kesan kepada seluruh fungsi badan kita.

Apa itu TELOMERE?

Telomere (cara sebut: tel-uh-meer) berasal dari bahasa Greek yang bermaksud ‘bahagian hujung’ yang merujuk kepada bahagian hujung setiap rangkaian DNA di dalam sel badan kita (rujuk gambar di bawah).

Badan kita terdiri daripada bertrillion-trillion sel. Di dalam sel pula ada nukleus. Di dalam nukleus ada kromosom. Kromosom pula terdiri dari rantaian DNA. Di hujung rantai DNA itu, ada ‘penutup’ yang dipanggil telomere.

‘Penutup’ ini berfungsi melindungi struktur kromosom di dalam sel. ‘Penutup’ inilah yang memberi kesan kepada usia sel badan kita. Macam cerita plastik di hujung tali kasut yang melindungi tali kasut dari berbulu tadi. Kalau tali kasut dah berbulu itu, maksudnya, kasut itu dah lama atau sudah kerap dipakai. Manakala, apabila telomere semakin pendek, semakin tualah usia sel.

Telomere memendek = proses penuaan

Setiap sel di dalam badan kita akan mengalami proses pembahagian bagi menghasilkan sel yang baru.

 

Semakin sel membahagi, telomere menjadi semakin pendek. Pada suatu tahap, telomere akhirnya tiada, menyebabkan struktur kromosom rosak dan mengakibatkan sel mati. Apabila sel mati, tahap kesihatan pun akan merosot.

Telomere juga boleh menjadi pendek jika terdedah kepada keradangan, toksin dari alam sekitar, radiasi dari sinaran UV, tekanan (stress) dan juga pemakanan yang tidak sihat.

Panjang telomere berkait rapat dengan usia seseorang. Usia sebenar (umur) dan juga usia biologi (usia sel). Apabila telomere memendek, semakin besarlah risiko terdedah kepada penyakit yang sering dikaitkan dengan usia, seperti diabetes, kanser, sakit jantung dan Alzheimer. Sebaliknya, telomere yang lebih panjang, lebih panjanglah usia sel. Dengan kata lain, lebih tinggi peluang untuk hidup sihat dan lama.

Proses pemendekan telomere ini dinamakan proses penuaan. Manakala, usaha untuk menjadikan telomere kekal panjang atau melambatkan proses pemendekan telomere ini pula dinamakan anti-penuaan.

Rahsia telomere kekal panjang

Berdasarkan kajian saintifik, polifenol terbukti mampu melindungi telomere. Polifenol mempunyai ciri anti-oksidan dan anti-radang yang boleh melindungi dan memulihkan DNA termasuk telomere. Polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan telomere. Jadi, polifenol adalah agen anti-penuaan, dan pengambilan polifenol dalam pemakanan boleh membantu melindungi telomere.

Teori ini terbukti melalui satu kajian bernama Telomere Study yang dijalankan oleh Shaklee. Shaklee membandingkan pengguna suplemen Shaklee termasuk VIVIX, selama 5 tahun, dengan individu-individu sihat yang tidak merokok, yang tinggal di Bay Area, San Francisco. Menariknya, hasil kajian ini menunjukkan pengguna suplemen Shaklee tadi memiliki telomere yang lebih panjang!

Kesimpulannya, agen anti-penuaan adalah realiti dan ia berfungsi untuk melambatkan telomere memendek (proses penuaan). Maka terjawablah persoalan di atas, adakah agen anti-penuaan, mitos atau realiti? 😉

VIVIX = Agen Anti-Penuaan

Kenapa VIVIX digunakan dalam Telomere Study? Ini adalah kerana, VIVIX diformulasikan dengan sumber yang tinggi kandungan polifenol. Antara ramuan utama VIVIX ialah anggur Muscadine. Bagi meningkatkan lagi fungsi polifenol, saintis menggabungkannya dengan Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang juga merupakan ramuan utama di dalam VIVIX.

Jadi, jika inginkan agen anti-penuaan yang tinggi kandungan polifenolnya, Vivix keluaran Shaklee adalah pilihan yang tepat. Ekstrak cecair yang pekat menjadikan ianya mudah untuk di’consume‘. Cuma perlukan satu sudu teh sehari. Malah rasanya juga sedap. Manis-manis masam gitu ;).

Harga sebotol VIVIX ialah RM503.50. Untuk dapatkan lebih penjimatan, kami syorkan untuk anda nikmati promosi bulan Mac 2017, dengan mendapatkan Energy For Life Set yang mengandungi 2 botol VIVIX.

Ianya sangat berbaloi kerana anda akan memperolehi;

  • keahlian Shaklee secara PERCUMA
  • Pos PERCUMA ke seluruh Malaysia
  • Detox Guide Book PERCUMA
  • 2 beg kertas PERCUMA (selagi stok masih ada)
  • BONUS TUNAI 5% pada bulan berikutnya
  • Mug eksklusif Shaklee pada harga RM10.60 (selagi stok masih ada)

Jom jaga sel kita!

Biar berUSIA tetapi sel MUDA. 
Jangan MUDA, tetapi sel berUSIA.

Bila sel muda, badan kekal sihat dan bertenaga, maka mudahlah untuk beribadah kepada-Nya. Sebaliknya, bila sel tua, badan mudah sakit dan tidak bermaya, maka nak beribadah pun susah.

Boleh rujuk sumber di http://healthresource.shaklee.com/how-are-telomeres-affected-by-supplementation/

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Azlin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera diJoin NOW

Anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Agen Anti-Penuaan: Mitos atau Realiti? Telomere ada jawapannya.
Tagged on:                                                                 

5 thoughts on “Agen Anti-Penuaan: Mitos atau Realiti? Telomere ada jawapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge