Soroban Tangan| Anda mempunyai anak berusia 6 hingga 11 tahun? Anda mahu anak anda boleh mengira dengan pantas? Ingin mereka lebih yakin dengan operasi Matematik? Soroban Tangan jawapannya.

Ajarkan anak anda SOROBAN TANGAN – Teknik Kira Pantas Gaya Jepun.

Apa itu SOROBAN TANGAN?

Soroban Tangan ialah satu kaedah mental arithmetic versi Jepun. Teknik ini membolehkan kita membuat pengiraan tambah dan tolak 2 digit dengan menggunakan 2 tangan. Anda boleh mengira sehingga nombor 99 dengan hanya menggunakan 10 jari di kedua tangan anda! Menarik, kan?

Ini satu contoh penggunaan soroban tangan di mana Aaisyah (6 tahun) membuat latihan Matematik di buku latihan.

Ingin pelajarinya? Jom, sertai Kursus Soroban Tangan bersama Azlin Sensei!

1. Kursus Soroban Tangan Online bersama Azlin Sensei.

Kursus Soroban ini akan dijalankan secara Online. Mempunyai 6 modul kesemuanya, dan akan dijalankan 1 kali seminggu, selama 6 minggu.
Sesi Online akan berlangsung pada setiap Isnin, jam 9:00 malam hingga 10:00 malam.
Modul 1 akan bermula pada 26 November 2018 dan akan berakhir dengan Modul 6 pada 31 Disember 2018.

Kursus ini sesuai untuk ibu, bapa, guru-guru atau dewasa yang berminat dengan teknik Soroban Tangan. Selesai Kursus Online ini, anda boleh mengajar anak-anak anda sendiri, mengikut masa anda dan anak-anak anda. Tidak perlu bersusah payah hantar mereka ke kelas.

Cuma RM35 bagi setiap modul.
Daftar 6 modul kesemuanya dengan harga RM180 untuk penjimatan sebanyak RM30.
Daftar di bit.ly/STOnline2018.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada jam 9 malam, 23 November 2018 (Jumaat).

2. Kursus Soroban Tangan bersama Azlin Sensei di Bandar Baru Bangi.

Bagi anda yang lebih sukakan pembelajaran secara ‘LIVE‘ dengan Azlin Sensei, kita boleh berkursus secara FACE-TO-FACE di Kursus Soroban Tangan di Bandar Baru Bangi. Kuasai 6 modul Soroban Tangan dalam kursus sehari, pada Ahad, 25 November 2018 dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bermodalkan hanya RM250, anda boleh terus pulang dengan ilmu Soroban Tangan dan ajarkan teknik ini kepada cahaya mata anda! Mereka akan lebih yakin membuat operasi Matematik dengan teknik yang menarik ini, insyaAllah.

Ingin sertai kursus ini? Daftar di bit.ly/STNov2018 sebelum jam 9 malam, Rabu, 21 November 2018. Tempat TERHAD kepada 20 penyertaan. Daftar segera, ya 😉

3. Kelas Asas Soroban Tangan untuk Kanak-kanak berusia 6-11 tahun.

Anda mempunyai kekangan untuk mengajarkan Soroban Tangan kepada anak anda? Namun, anda ingin mereka pelajari teknik ini? Ingin Azlin Sensei bantu?

Daftarkan anak anda ke Kelas Asas Soroban Tangan bersama Azlin Sensei pada cuti sekolah nanti!
Di dalam Kelas Asas ini, mereka dapat ‘berkenalan’ dengan teknik ini melalui Modul 1. Peserta akan mempelajari teknik mengira pantas 1 digit tanpa menggunakan formula. Lebih menarik, kerana Rakan Soroban mereka iaitu Muhammad dan Aaisyah, akan bersama-sama mereka di dalam kelas nanti, insyaAllah.

Kelas Asas Soroban Tangan akan dianjurkan pada Ahad, 9 Disember 2018.
Ada 2 slot disediakan. Anda boleh pilih slot yang sesuai dengan jadual anda.
Slot 1: 9 pagi – 10:30 pagi
Slot 2: 11 pagi – 12:30 pagi

Yuran penyertaan cuma RM35 seorang.
Daftar di bit.ly/KASTDis2018 sebelum jam 9 malam, Rabu, 5 Disember 2018.
Tempat adalah TERHAD. Jadi, daftarkan anak anda, segera, ya.

4. Kelas Mingguan Soroban Tangan Kanak-kanak bersama Azlin Sensei.

Anda berhalangan untuk mengajarkan sendiri Soroban Tangan kepada anak Anda? Ingin anak anda pelajari teknik ini? Anda boleh komit hantar anak anda ke kelas?

Daftarkan anak anda ke Kelas Mingguan Soroban Tangan bersama Azlin Sensei.
Pengambilan baru untuk Sesi 2019 akan dibuka tidak lama lagi. Nantikan maklumat lanjut dari kami.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan teknik kira pantas gaya Jepun ini, bolehlah hubungi Azlin Sensei di whatsapp +60139752402. Sensei sedia membantu, insyaAllah.

Azlin Sensei
Guru Soroban Anda 🙂

Ajarkan Anak Anda Soroban Tangan – Teknik Kira Pantas Gaya Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge