Bercita-cita menjadi seorang Bapa BIJAK, Anuar Ali, merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dari pasangan bahagia, Md Ali dan Nooraini.

bapa-bijak

Anuar Ali mendapat pendidikan menengah di SMAP Kajang, seterusnya mengikuti kursus persediaan di Ambang Asuhan Jepun, UM dan lulus dengan cemerlang sehingga dinobatkan dengan Anugerah Khas Pelajar (Akademik).

Anuar Ali mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal) dan juga di peringkat Sarjana (Kejuruteraan Elektronik dan Fizik Gunaan), kedua-duanya dari Intstitut Teknologi Tokyo (Tokyo Institute of Technology/東京工業大学) di Tokyo, Jepun.

Pernah berkhidmat sebagai Jurutera di Hitachi Plant Technology, Ltd di Jepun, dan di Taikisha Engineering Malaysia Sdn. Bhd., sebuah syarikat Jepun di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini sangat berminat dalam bidang pendidikan kanak-kanak dan bercita-cita untuk menjadi Bapa yang BIJAK kepada anak-anaknya. Berbekalkan pengalaman 8 tahun di negara matahari terbit, Anuar Ali ingin membantu bapa-bapa yang lain untuk turut menjadi BIJAK sebagai usaha untuk melahirkan Anak-anak yang cemerlang di dalam semua bidang,  insyaAllah.

Anuar Ali juga merupakan pengguna dan pengedar sah Shaklee, satu usaha beliau untuk memastikan Family beliau SIHAT, insyaAllah.

Jom bersama-sama Anuar Ali dalam berusaha menjadi Bapa BIJAK!