Cap Jari & Parents BIJAK

Falsafah Parents BIJAK terhadap Analisa Saintifik Cap Jari

Berdasarkan pengalaman kami di dalam perkhidmatan Analisa Saintifik Cap Jari ini, kami mempunyai falsafah kami sendiri terhadap perkhidmatan ini, dan kami simpulkannya dalam 3 perkataan iaitu KENAL – FAHAM – BANTU/TOLONG.

Suka kami memetik sekali lagi ayat al-Qur’an di bawah;

“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (semula) tulang belulangnya? Bahkan Kami mampu menyusun (semula) hujung jari jemarinya dengan sempurna.”

(Al-Qiyamah: 3-4)

Di dalam ayat di atas, jelas menunjukkan yang manusia diciptakan berbeza-beza. Masing-masing ada ciri-cirinya tersendiri. Mengapakah Allah menciptakan kita berbeza-beza?

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Al-Hujurat: 13)

Di dalam ayat di atas pula, Allah menerangkan bahawa tujuan manusia diciptakan berbeza-beza ialah supaya kita saling mengenal antara satu sama lain. Mengapa pula kita kena saling mengenal?
Pada pandangan kami, apabila kita saling mengenali, kita akan saling memahami antara satu sama lain. Kita ambil contoh mudah sahaja. Antara lelaki dan perempuan. Kita mengenal lelaki atau perempuan, melalui sifat-sifat fizikal. Misalnya, selain sifat fizikal biologi, kita boleh mengenal orang lelaki melalui pakaiannya, misalnya berseluar, manakala wanita, kalau wanita muslimah, berjilbab. Bila kita dah kenal yang mana lelaki dan yang mana perempuan, mengenal ciri-cirinya dan mengenal sifat-sifatnya, apabila berlaku sesuatu situasi, kita akan faham mengapa lelaki bertindak seperti itu, dan mengapa perempuan bertindak seperti ini.

menvswomen2

Kita ambil aspek penglihatan sahaja sebagai contoh. Pandangan orang lelaki seperti penglihatan terowong, sehingga mereka hanya dapat melihat dengan jelas, tepat dan fokus pada benda-benda yang tepat berada di depan mata. Manakala wanita memiliki pandangan sisi yang lebih luas dari lelaki, sehingga hampir mencapai 180 darjah. Kalau lelaki diminta melihat ke arah sesuatu objek dan ditanya semula apa yang dilihatnya, mereka akan menjawab objek yang seperti diminta untuk mereka lihat. Sebaliknya, wanita, selain objek yang diminta dilihat, mereka akan ceritakan juga objek-objek di sekeliling objek tersebut.

 

vision

Bila kita dah FAHAM, lelaki cirinya begini, wanita cirinya begitu, maka lebih mudah lah mereka nak bantu membantu atau tolong menolong antara satu sama lain.

 

Dengan aspek penglihatan tadi misalnya, sebab itulah lelaki lebih sesuai pergi berburu atau mencari nafkah apabila mereka bergelar suami, berbanding wanita yang lebih sesuai berada di rumah, menguruskan rumah dan anak-anak apabila mereka bergelar isteri. Kalaulah wanita yang pergi berburu, alamatnya balik bertangan kosong lah. Kerana, nak buru rusa, tetapi ular, pacat dan segala binatang rimba yang ada di tepi binatang buruan pun turut dilihat, akhirnya timbul rasa takut, lalu balik tanpa binatang buruan. Sebaliknya, kalau lelaki berada di rumah, alamatnya sampai ke tengahari baru anak-anak boleh makan sarapan sebab menunggu baju siap dibasuh dan dijemur, baru mereka boleh siapkan sarapan. Al-maklum, lelaki tidak bersifat multi-tasking seperti wanita.

multitasking

 

Maka, di sinilah maksud kata kunci BANTU/TOLONG itu, seperti yang disebutkan Allah dalam al-Qur’an;

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain….”

(At-taubah: 71)

Begitu jugalah analisa saintifik cap jari ini. Ia membantu kita untuk lebih mengenali diri kita. Apabila kita sudah kenal, kita lebih memahami diri kita dan lebih mudah untuk kita membantu diri kita. Suami boleh KENAL-FAHAM-BANTU isterinya begitu juga sebaliknya. Ibu bapa pula, mereka boleh KENAL-FAHAM-BANTU anak-anak mereka. Para guru boleh KENAL-FAHAM-BANTU anak-anak murid mereka. Majikan juga boleh KENAL-FAHAM-BANTU para pekerja mereka.

helping

Kesannya, akan memberikan lebih kualiti pada masa, harta dan tenaga mereka.

Ingin KENAL-FAHAM-BANTU anda dan orang yang anda sayang? Cubalah Analisa Saintifik Cap Jari ini SEKARANG! Better late than never!