Seorang ibu yang bercita-cita menjadi Ibu BIJAK ini merupakan anak kedua dari pasangan bahagia Azlan Mohammad dan N Noor Zailani. Beliau diberi nama Azlin Azlan.

ibu-bijak

Azlin Azlan dilahirkan di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan menengah di SMK Kamil (Pasir Puteh, Kelantan) seterusnya di MRSM Jasin, Melaka.

Azlin Azlan berpeluang mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) Bangi (sekarang Kolej Poli Teknik MARA (KPTM) Bangi), di bawah program Japanese Associate Degree (JAD) tajaan Yayasan Pelajaran MARA, sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Kimia Aplikasi di Institut Teknologi Shibaura (Shibaura Institute of Technology/芝浦工業大学), Saitama&Tokyo di Jepun. Ekoran kecemerlangan beliau dalam bidang akademik, Azlin Azlan telah dianugerahkan dengan Anugerah Peringatan Yanai Hisayoshi semasa Majlis Graduasi Sarjana beliau.

Setelah berumahtangga, Azlin Azlan berpeluang berkhidmat sebagai guru tadika di Islamiya International School of Otsuka, Tokyo. Di situlah minat terhadap pendidikan awal kanak-kanak mula terserlah. Ilmu dan pengalaman sepanjang berada di Jepun dan sebagai guru tadika di sana, ingin beliau kongsikan bersama para ibubapa di Malaysia. Usaha ini dengan harapan agar lahir lebih ramai Anak-anak yang SOLEH dan HEBAT.

Azlin Azlan juga merupakan pengedar sah Shaklee sejak Disember 2013. Ini usaha untuk bersama ibu bapa BIJAK yang lain melahirkan Family yang SIHAT.

Jom sertai Azlin Azlan dalam usaha menjadi Ibu BIJAK!