Kelas Abacus-Mental Arithmetic Kumpulan Pertama kami sudah pun berusia setahun pada Oktober 2015 yang lepas. InsyaAllah Januari 2016 nanti, para pelajar Kumpulan Pertama Kelas Abacus-Mental Arithmetic kami akan memasuki modul berikutnya iaitu Level 2 di mana pada peringkat ini, mereka akan diajar proses bayangan (Imagination), sebelum memasuki Level 3 iaitu peringkat melakukan operasi Matematik menggunakan kaedah Mental Arithmetic.

Anda berminat untuk menghantarkan anak anda ke kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan kami? Ada berita baik buat anda, kerana kami akan buka pengambilan baru untuk kelas yang akan bermula Januari 2016 nanti, insyaAllah.

Kelas Abacus-Mental Arithmetic 2016

 

 

kelas-abacus-bangi-2016

Kelas Abacus-Mental Arithmetic 2016 yang juga merupakan pengambilan pelajar Kumpulan 2 kami, adalah untuk kanak-kanak berusia 4 tahun (kelahiran 2012), yang memenuhi syarat berikut;

  1. Memahami konsep nombor dan bilangan
  2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
  3. Boleh menulis nombor 0-9

Maklumat Kelas

Kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan Parents BIJAK ini mendapat perlesenan dari Islamic Parenting Network (IPN). Kelas akan berjalan setiap hari Khamis, jam 10-11:30 pagi bertempat di Parents BIJAK, Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi. Kelas akan berlangsung sebanyak 4 kali sebulan (3 kali untuk bulan Januari 2016). Tempoh bagi setiap kelas ialah 1 jam 30 minit yang diselangi dengan 2 kali rehat selama 10 minit. Manakala bayaran adalah sebanyak RM80 sebulan (RM20 untuk pendaftaran).

Apa yang anak Anda akan pelajari?

Sebulan hingga dua bulan pertama kelas (bergantung kepada prestasi pelajar) adalah merupakan sesi pengukuhan nombor sebelum pelajar akan memasuki Level 1 iaitu pengenalan kepada Abacus-Mental Arithmetic yang mengandungi 31 Worksheet. Jangka masa untuk Level 1 ialah sekitar 8 hingga 12 bulan, bergantung kepada prestasi pelajar.

Disebabkan pengambilan Kumpulan 2 ini terdiri daripada pelajar berusia 4 tahun, jadi, sesuai dengan peringkat usia mereka, pendekatan yang akan digunakan ialah ‘Belajar Sambil Bermain’ dengan menggunakan pelbagai Alat Bantuan Mengajar (Kad Imbas, tanah liat, manik dan sebagainya).

abacus-mental-arithmeticabacus-mental-arithmetic

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Abacus-Mental Arithmetic, boleh klik di SINI.

Berminat daftarkan anak Anda?

Sekiranya Anda berminat agar anak Anda mempelajari Abacus-Mental Arithmetic di awal usia mereka, anda boleh daftarkan nama mereka dengan menghubungi kami.

013-9752402 (Azlin Sensei)

parentsbijak@gmail.com

Kelas dijangka bermula pada Khamis, 14 Januari 2016. Oleh itu, kami buka pendaftaran sehingga jam 6 petang, 5 Januari 2016 (Selasa). Kembangkan potensi otak kanan dan kiri anak anda melalui Kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan kami 😉

Kelas Abacus-Mental Arithmetic 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge