Anda tinggal di Bandar Baru Bangi (serta sekitarnya) dan berminat untuk menghantarkan anak anda ke kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan kami? Ada berita baik buat anda, kerana kami akan buka pengambilan baru untuk kelas kanak-kanak berusia 4-7 tahun, tidak lama lagi, insyaAllah.

Kelas Abacus-Mental Arithmetic 2016

kelas-abacus-bbb-2016

Terdapat 2 kelas Abacus-Mental Arithmetic yang ditawarkan, iaitu untuk;

  • Kanak-kanak berusia 4&5 tahun (kelahiran 2011 dan 2012), yang memenuhi pra-syarat berikut;
    1. Memahami konsep nombor dan bilangan
    2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
  • Kanak-kanak berusia 6&7 tahun (kelahiran 2009 dan 2010), yang memenuhi pra-syarat berikut;
    1. Memahami konsep nombor dan bilangan
    2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
    3. Boleh menulis nombor 0-9

Maklumat Kelas

Kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan Parents BIJAK ini mendapat perlesenan dari Islamic Parenting Network (IPN).

Kelas akan berjalan seperti berikut;

  • Untuk umur 4&5 tahun pada setiap hari Khamis, jam 3:30-5:00 petang
  • Untuk umur 6&7 tahun pada setiap hari Ahad, jam 3:30-5:00 petang

bertempat di Parents BIJAK, Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi. Kelas akan berlangsung sebanyak 4 kali sebulan (berjumlah 6 jam sebulan dan makluman awal akan diberikan sekiranya terdapat perubahan). Tempoh bagi setiap kelas ialah 1 jam 30 minit yang diselangi dengan 2 kali rehat selama 10 minit. Manakala bayaran adalah sebanyak RM80 sebulan (RM20 untuk pendaftaran).

Apa yang anak Anda akan pelajari?

Pelajar berumur 6&7 tahun akan memasuki Level 1 iaitu pengenalan kepada Abacus-Mental Arithmetic yang mengandungi 31 Worksheet. Jangka masa untuk Level 1 ialah sekitar 8 hingga 12 bulan, bergantung kepada prestasi pelajar.

Manakala bagi pelajar berusia 4&5 tahun, sebulan hingga dua bulan pertama kelas (bergantung kepada prestasi pelajar) adalah merupakan sesi pengukuhan nombor sebelum pelajar memasuki Level 1. Sesuai dengan peringkat usia mereka, pendekatan yang akan digunakan ialah ‘Belajar Sambil Bermain’ dengan menggunakan pelbagai Alat Bantuan Mengajar (Kad Imbas, tanah liat, manik dan sebagainya).

 

abacus-mental-arithmeticabacus-mental-arithmetic

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Abacus-Mental Arithmetic, boleh klik di SINI.

Berminat daftarkan anak Anda?

Sekiranya Anda berminat agar anak Anda mempelajari Abacus-Mental Arithmetic di awal usia mereka, anda boleh daftarkan nama mereka dengan menghubungi kami.

013-9752402 (Azlin Sensei)

parentsbijak@gmail.com

Kelas dijangka bermula pada;

  •  Ahad, 28 Februari 2016 (umur 6&7 tahun)
  • Khamis, 3 Mac 2016 (umur 4&5 tahun) 

Oleh itu, kami buka pendaftaran sehingga jam 6 petang, 22 Februari 2016 (Isnin) untuk kedua-dua kelas. Kembangkan potensi otak kanan dan kiri anak anda melalui Kelas Abacus-Mental Arithmetic kelolaan kami 😉

Kelas Abacus-Mental Arithmetic Bandar Baru Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge