Kelas Intensif Sempoa| Hari ini sudah pun bermula cuti sekolah 2017! Hip, hip, horey!  Ibu ayah sekalian sudah rancang aktiviti untuk anak-anak sempena cuti sekolah ini? Atau masih mencari-cari aktiviti yang sesuai? Bagi ibu ayah yang sedang mencari kelas kemahiran sempoa, Kak Lin akan anjurkan Kelas Intensif Sempoa di Pasir Puteh, Kelantan sempena cuti sekolah bulan Disember 2017 ini.

Kelas Intensif Sempoa Cuti Sekolah

Kelas ini khusus dianjurkan untuk kanak-kanak yang akan berusia 10-12 tahun pada tahun 2018. Pendek kata untuk kanak-kanak kelahiran tahun 2006 hingga 2008. Syaratnya, boleh komit hadir setiap sesi kelas dengan jayanya 🙂

Apa yang anak-anak akan belajar?

  • Pengenalan tentang sempoa
  • Cara menggunakan sempoa
  • Operasi tambah dan tolak 1&2 digit dengan menggunakan formula

Tempoh dan bayaran berapa?

Tempoh Kelas Intensif Sempoa Cuti Sekolah ini ialah sebanyak 5 kali kelas.

Setiap kelas berdurasi selama satu jam setengah.

Yuran cuma RM120 seorang.

Bilakah Kelas Intensif Sempoa Cuti Sekolah akan berlangsung?

Maklumat kelas seperti berikut;
Ahad, 10hb – Khamis, 14hb Disember 2017
Masa: 2:30 – 4:00 petang
(Tarikh Tutup: Khamis, 7 Disember 2017)

Di manakah kelas akan berlangsung?

Kelas akan berlangsung di Pasir Puteh, Kelantan. Maklumat lanjut tempat akan diberikan setelah selesai pendaftaran 😉

Kelebihan belajar sempoa/abacus

Ada banyak kelebihan belajar sempoa/abacus dari usia awal kanak-kanak. Antaranya ialah untuk merangsang otak kiri dan kanan anak-anak. Selebihnya, bolehlah baca di SINI. 😉

Jemput tengok gambar dan video antara anak-anak didik Kak Lin 😉

Adik Arsyad berusia 5 tahun
Adik Amsyar berusia 6 tahun.

Bagaimana untuk mendaftar Kelas Intensif Sempoa Cuti Sekolah?

Ibu ayah berminat daftarkan anak-anak ibu ayah? Caranya mudah sahaja. Hubungi Kak Lin dengan klik link di bawah;

http://www.wasap.my/+60139752402/intensifsempoa

Cepat-cepat, ya Ibu Ayah. Sebab tempat yang ditawarkan tersangat TERHAD 🙂

Kak Lin juga anjurkan kelas intensif sempoa di Bandar Baru Bangi. Boleh rujuk di SINI ya.

Kelas Intensif Sempoa di Pasir Puteh, Kelantan

One thought on “Kelas Intensif Sempoa di Pasir Puteh, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge