Kelas Mental Arithmetic

Parents BIJAK mengendalikan Kelas Mental Arithmetic di bawah perlesenan Islamic Parenting Network (IPN). Kelas kami beroperasi di Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

abacus-mental-arithmetic

Kaedah yang digunakan semasa melaksanakan latihan Mental Arithmetic ialah;

  1. LIHAT KIRA – pelajar akan membuat latihan pengiraan menggunakan kertas latihan dan menulis jawapan
  2. DENGAR KIRA – pelajar akan mendengar soalan yang diberikan oleh guru dan menulis jawapan tersebut
  3. BAYANG KIRA – pelajar akan membayangkan pergerakan manik semasa menyelesaikan masalah pengiraan

Ketiga-tiga proses ini haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Maklumat Kelas

Kelas berlangsung seminggu sekali (4 kali sebulan). Tempoh bagi setiap kelas ialah 1 jam 30 minit yang diselangi dengan 2 kali rehat selama 10 minit. Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual kelas, boleh berhubung langsung dengan kami.

013-9752402 (Azlin Sensei)

parentsbijak@gmail.com

FB: Parents BIJAK

 

Syarat kelayakan pelajar

Kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas yang memenuhi ketiga-tiga syarat di bawah layak untuk mengikuti kelas Mental Arithmetic yang kami jalankan (tertakluk kepada kekosongan).

  1. Memahami konsep nombor dan bilangan
  2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
  3. Boleh menulis nombor 0-9

Hubungi kami sekiranya anda berminat daftarkan anak anda ke kelas Mental Arithmetic anjuran kami.

abacus-mental-arithmeticabacus-mental-arithmetic