Kelas Sempoa Online|Ibu-ibu tentu nak sangat anak-anak pandai sempoa, kan? Tapi tentu ada di antara ibu-ibu yang tak sempat nak hantar anak-anak ke kelas sempoa. Mungkin juga, satu lagi halangan ialah jarak kelas dengan rumah yang jauh. Atau, jadual kelas tidak sesuai dengan jadual ibu-ibu atau anak-anak. Nak ajar sendiri, tapi tak pandai.

Haa, Kak Lin percaya ramai ibu yang ada dilema macam ini kan? Apa kata ibu2-ibu sertai Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin? Boleh ajar anak bila-bila sahaja mengikut jadual ibu-ibu dan anak-anak. Tak perlu susah-susah lagi hantar ke kelas 🙂

Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin

Kak Lin dulu pun seperti ibu-ibu juga. Tercari-cari kelas sempoa untuk anak pertama Kak Lin tapi ada kekangan. Akhirnya, Kak Lin ambil kursus dan ajar anak Kak Lin sendiri. Di samping itu, Kak Lin juga buka kelas untuk kanak-kanak usia sebaya anak Kak Lin.

Disebabkan kebanyakan ibu bekerjaya, mencabar juga nak hadiri kursus atau kelas. Jadi, ini adalah peluang baik buat ibu-ibu. Kerana ibu-ibu hanya perlu online sahaja untuk belajar dengan Kak Lin.

Apa yg ibu-ibu akan dapat dari Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin?

Kak Lin akan kongsikan;
✅macam mana nak baca nilai pada sempoa
✅cara kira guna sempoa
✅macam mana nak ajar anak guna sempoa
worksheet untuk ajar anak-anak
support group bersama Kak Lin

Bilakah Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin?

Kelas ini akan berlangsung setiap Selasa, jam 9:15 – 9:45 malam.
Medium yang akan digunakan ialah di FaceBook (secret group) dan perbincangan  di Telegram.
Kelas secara rasminya akan bermula pada 2 Januari 2018. Cuma RM15 untuk satu sesi kelas.
Namun, kelas pengenalan percuma sudah pun dibuat lebih awal.

Kelas pengenalan percuma pertama dibuat pada Selasa, 19 Disember 2017.
Kelas pengenalan percuma kedua pula dibuat pada Selasa, 26 Disember 2017.

Boleh ikuti video rakaman kelas di bawah 😉


Kelas Pengenalan PERCUMA pertama (19 Disember 2017)

Apa yang akan dipelajari sepanjang Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin?

Tentu ada yang tertanya-tanya, berapa lama tempoh Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin.
Tempohnya ialah 16 kali kelas (2 kelas pengenalan + 14 kelas berbayar).

Isi kandungan kelas ialah seperti berikut;

Apa yang Kak Lin akan kongsikan dalam Kelas Sempoa Online ini?

SO-F1 : Pengenalan

SO-F2 : Baca Nilai Sempoa

SO-01: Asas Jari 1

SO-02: Asas Jari 2

SO-03: Asas Jari 3

SO-04: Kumpulan 10 tanpa formula

SO-05: Operasi Tambah Kumpulan 10 (dengan formula)

SO-06: Operasi Tolak Kumpulan 10 (dengan formula)

SO-07: Operasi Tambah Kumpulan 5 (dengan formula)

SO-08: Operasi Tolak Kumpulan 5 (dengan formula)

SO-09: Operasi Tambah Kombinasi Kumpulan 10 & Kumpulan 5

SO-10: Operasi Tolak Kombinasi Kumpulan 10 & Kumpulan 5

SO-11: Operasi Tambah & Tolak 2 digit (tanpa formula)

SO-12: Operasi Tambah & Tolak 2 digit (tanpa formula)

SO-13: Operasi Tambah & Tolak 3 digit (tanpa formula)

SO-14: Operasi Tambah & Tolak 2&3 digit (dengan formula)

Bagaimana ingin sertai Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin?

Macam mana ibu-ibu? Berminat untuk sertai Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin?

Kak Lin buka pengambilan kelas Sempoa Online Batch 1 sekarang! Ingin tahu caranya? Caranya mudah sahaja. Klik DAFTAR di bawah. Tarikh tutup pengambilan Sempoa Online Batch 1 ialah pada Isnin, 1 Jan 2018, jam 9 malam.

Ibu-ibu juga boleh sertai kumpulan whatsapp Soroban Sensei Kak Lin. Klik sahaja link di bawah. Kebanyakan maklumat berkenaan kelas, akan Kak Lin kongsikan di situ.

Jom, sertai Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin!

Bertindak sekarang! Bila kelas sudah bermula, Kak Lin akan tutup pendaftaran. Kalau nak ikut serta, perlu tunggu pengambilan Batch 2 pula. Jadi, jangan bertangguh-tangguh lagi.  Nanti terlupa.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Kak Lin.

013-9752402 (call/sms)

Atau klik SINI untuk terus berhubung dengan Kak Lin di whatsapp.

Jumpa anda semua di Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin, ya 😉

Kak Lin
Your Soroban Sensei (Cikgu Sempoa Anda)

 

Kelas Sempoa Online bersama Kak Lin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge