Landmark Study: Bukti Shaklee Cakna Kesihatan Pengguna

Your future life will be exactly what you decide to make it!

(Kehidupan masa depan anda akan menjadi betul-betul seperti apa yang anda putuskan untuk ia jadi!)

Dr. Forrest C. Shaklee

Menarik kan kata-kata dari pengasas Shaklee di atas? Mendalam maknanya. Mungkinkah kata-kata ini yang telah memberikan motivasi kepada Roger Barnett, Pengerusi Shaklee (2004-kini)? Motivasi untuk beliau buat satu keputusan penting yang kesannya sangat besar kepada Shaklee hingga ke hari ini.

Setelah mengambil alih Shaklee pada tahun 2004, Roger Barnett ingin tahu sejauh mana keberkesanan suplemen Shaklee terhadap para penggunanya. Beliau juga mahukan bukti dalam bentuk data saintifik yang suplemen Shaklee lebih bagus berbanding jenama lain. Oleh itu, beliau selaku Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Shaklee telah melabur untuk satu kajian saintifik yang dipanggil Landmark Study.

Apa itu Landmark Study?

Ia adalah satu-satunya kajian saintifik dalam industri suplemen pemakanan yang PERTAMA seumpanya, yang diminta oleh Shaklee kepada pihak ketiga, bersempena ulangtahun ke-50 Shaklee.

Kajian ini diketuai oleh Dr. Gladys Block, seorang profesor dari University of California, di Berkeley dan beliau memiliki kuasa penuh dalam kajian ini. Ramai yang beranggapan ini adalah satu pelaburan Shaklee yang berisiko kerana dengan memberikan kuasa penuh kepada Dr. Block, beliau boleh tetap menerbitkan hasil kajian berkenaan walaupun hasilnya tidak berpihak kepada Shaklee. Namun, itulah fitrah pelaburan. Ada untung, ada rugi, dan Shaklee berani mengambil risiko.

Objektif Kajian

Terdapat 3 tujuan utama kajian yang bertajuk “Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan rentas.” (Asal: The Landmark Dietary Supplement Study: Usage patterns, health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a cross-sectional study.)

  1. Mengesahkan dan menilai manfaat pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten selama lebih 20 tahun dari sudut kesihatan
  2. Membandingkan tahap kesihatan pengguna suplemen Shaklee dengan pengguna suplemen syarikat lain dan mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen
  3. Memastikan sebarang kesan negatif atau isu keselamatan yang timbul akibat pengambilan sumplemen Shaklee bagi tempoh jangka panjang

Kaedah Landmark Study

Bagi melasanakan kajian ini, pada peringkat awal, kajian ini dilakukan dengan menghantar borang kaji selidik atas talian (online questionnaires) kepada lebih kurang 1000 calon yang layak dengan mengambil kira gaya pemakanan, senaman dan status kesihatan mereka. Kemudian, pemeriksaan kesihatan peserta dibuat semasa Konvensyen Shaklee pada tahun 2005 di mana berat badan, tekanan darah dan sampel darah semasa berpuasa diambil.

Peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;

  1. Pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee (multiple supplements) – merah
  2. Pengguna sejenis suplemen syarikat lain (single supplements) – kuning
  3. Tidak mengambil sebarang suplemen (no supplements) – biru

87% daripada Kategori 1 iaitu pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee (merah) dilaporkan mengambil 20 jenis atau lebih suplemen sehari dan telah mula mengambilnya sekurang-kurangnya sejak 20 tahun yang lalu.

Berikut adalah antara jenis suplemen yang diambil oleh Kategori 1.

Lebih daripada 50% daripada Kategori 1 mengambil purata 14 suplemen setiap hari. Bunyinya macam banyak, tetapi jika kita sudah memahami keperluan nutrien badan kita dan khasiat yang terkandung dalam setiap suplemen, rasa memang tak cukup kalau hanya bergantung kepada multivitamin dan multimineral sahaja.

Hasil Landmark Study

Risiko mengidap penyakit lazim

Secara keseluruhannya, didapati, Kategori 1 (pengguna pelbagai jenis suplemen Shaklee) kurang berisiko mengidap penyakit lazim berbanding Kategori 2 (pengguna sejenis suplemen syarikat lain) dan Kategori 3 (tidak mengambil sebarang suplemen).

Nutrien dalam darah

Apabila dilihat dari sudut nutrien asas di dalam darah peserta pula, didapati kandungan di dalam darah pengguna Kategori 1 lebih tinggi berbanding Kategori 2 dan Kategori 3. Lebih menakjubkan, ada yang parasnya 2 kali ganda lebih tinggi berbanding Kategori 3.

Biomarker dalam darah

Biomarker adalah penanda aras untuk menunjukkan kewujudan beberapa jenis penyakit dan tahapnya. Ada pelbagai jenis biomarker. Contoh paling senang ialah suhu badan kita merupakan biomarker untuk demam. Tekanan darah adalah biomarker untuk menentukan risiko strok. Kolesterol pula adalah biomarker untuk penyakit koronari dan vaskular. Manakala protein C-reaktif (CRP, C-Reactive Protein) adalah biomarker untuk radang.

Landmark Study Shaklee mendapati pengguna Kategori 1 mempunyai paras;

  1. Tinggi kolesterol HDL (High-density lipoprotein cholesterol), atau dikenali sebagai kolesterol “baik”
  2. Rendah kolesterol LDL (Low-density lipoprotein cholesterol), atau dipanggil kolesterol “jahat”
  3. Rendah protein C-reaktif (kurang dari 3.0 mg/L). Lebih mengagumkan, tiada seorang pun dari 278 peserta ini yang mempunyai bacaan CRP melebihi 3.0 ml/L!

Ini menunjukkan yang pengguna Shaklee berisiko rendah untuk mengidap penyakit jantung.

Selain mempunyai jantung yang sihat, mereka juga mempunyai otak yang sihat dan berisiko rendah mengidap stress.

Kesimpulan Landmark Study

Kajian ini telah membuktikan bahawa dengan pengambilan pelbagai jenis suplemen Shaklee dapat meningkatkan kandungan nutrien di dalam darah. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pengguna mempunyai biomarker yang lebih baik. Hasilnya, pengguna mempunyai status kesihatan yang lebih bagus. Melalui data yang diperolehi, didapati, pengguna Shaklee mempunyai tahap kesihatan 2 kali ganda jauh lebih baik berbanding mereka yang langsung tidak mengambil apa-apa suplemen.

Hasil kajian ini sangat mengagumkan dan menyokong manfaat pengambilan suplemen pemakanan untuk jangka masa panjang. – Dr. Gladys Block

Kajian Landmark Study ini telah diterbitkan pada tahun 2007. Bagi pembaca yang inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan Landmark Study, bolehlah rujuk laman berikut;

http://www.landmarkstudy.com/

https://nutritionj.biomedcentral.com/articles/10.1186/1475-2891-6-30

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17958896

Saya dan Shaklee

Landmark Study inilah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan syarikat kesihatan yang lain. Malah, produk-produk Shaklee disokong oleh lebih 120 terbitan saintifik yang membuktikan keberkesanannya. Istimewanya lagi, kebanyakan produk Shaklee sudah pun mempunyai 71 paten. Jadi, tiada keraguan lagi pada keberkesanan produk Shaklee. Kerana ianya “Selamat. Terbukti. Dijamin.

3 sebab di atas membuatkan saya lebih yakin untuk menggunakan Shaklee dan berkongsi kebaikannya dengan orang ramai. Anda ingin rasai perbezaan Shaklee? Jom bersama-sama saya! Kita usaha untuk jadikan keluarga kita Famili SIHAT 😉

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Azlin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera diJoin NOW

Anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Landmark Study: Bukti Shaklee Cakna Kesihatan Pengguna

3 thoughts on “Landmark Study: Bukti Shaklee Cakna Kesihatan Pengguna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge