Laporan A

Laporan A Analisa Saintifik Cap Jari BrainChecker ini merupakan laporan tambahan yang boleh dipilih oleh pelanggan samaada untuk mempunyainya atau tidak.

Laporan A ini terdiri daripada;

1. Laporan ringkas potensi semulajadi beserta bilangan uratan yang mana analisanya digambarkan dalam bentuk carta bar. Melalui laporan ini, pelanggan boleh mendapat gambaran mengenai tahap setiap potensi yang dibahagikan kepada 7 tahap, yang mana dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui, potensi mana yang menjadi kekuatan anaknya dan potensi mana yang lemah yang perlu ditingkatkan.
2. Analisa terperinci kesepuluh potensi semulajadi dan penjelasan umum mengenai potensi berkenaan beserta bidang pekerjaan yang memerlukan potensi tersebut.
3. Analisa corak pemikiran, corak pembelajaran (auditori, visual atau kinestetik) dan kaedah pembelajaran yang berkesan bagi anak-anak. Disertakan juga cadangan-cadangan untuk meningkatkan pembelajaran.
4. Analisa gaya menghadapi tekanan, gaya berbelanja dan gaya pelaburan anak-anak.
5. Analisa IQ (Intelligence Quotient), EQ (Emotional Quotient), CQ (Creativity Quotient) dan AQ (Adversity Quotient) dalam bentuk jadual dan turutan (ranking).
6. Analisa kecenderungan penggunaan otak (samaada kiri, kanan atau seimbang).

Secara ringkasnya, Laporan A ini membolehkan ibu bapa mengenali anak-anak dari sudut pembelajaran, agar ibu bapa boleh memahami mereka dan membantu mereka dalam pembelajaran mereka. Laporan ini juga bagus untuk dikongsikan kepada guru agar guru boleh mengenali dan memahami anak-anak serta membantu anak-anak dengan menggunakan kaedah yang sebaiknya semasa mengajar anak-anak.

Memandangkan laporan ini lebih kepada sudut pembelajaran, Laporan A ini sangat sesuai dimiliki oleh ibu bapa apabila anak-anak berada di usia persekolahan (seawal usia tadika). Namun, lebih awal lebih bagus! Kerana guru pertama anak-anak adalah ibu dan bapanya sendiri.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Laporan A, boleh hubungi kami;

Azlin Azlan (013-9752402)

parentsbijak@gmail.com