Otak Manusia

Otak merupakan satu organ yang sangat UNIK dan berHARGA . Walaupun saiznya tidaklah seberapa besar berbanding organ yang lain, namun OTAK memberi kita kuasa untuk bercakap, berfikir, berimaginasi dan juga menyelesaikan masalah. Ianya satu organ yang sangat HEBAT yang dikurniakan Allah kepada kita.

Otak Kiri dan Otak Kanan

otak-kiri-kanan

Otak manusia terdiri daripada dua bahagian yang besar, iaitu OTAK KIRI dan OTAK KANAN. Perbezaannya seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di atas.

OTAK KANAN mengawal naluri dan emosi termasuk sensitiviti terhadap perasaan, muzik, imeh, warna dan pemikiran yang tidak teratur seperti spontan serta kreativiti. Bayi yang berumur 2 tahun ke bawah hanya menggunakan imej dan anggapan unruk memahami sesuatu, lantaran itu, mereka bergantung sepenuhnya pada otak kanan. Mereka hanya bergantung kepada bunyi untuk menghayati maklumat-maklumat dari luar tanpa memahami sepenuhnya maksud sebenar. Terdapat juga kanak-kanak yang lebih cenderung kepada penggunaan tangan kiri. Ini sebenanrnya dapat merangsang otak kanan.

OTAK KIRI mengawal pemikiran rasional dan logik, sensitif terhadap bahasa, angka dan susunan. Ini termasuk kebolehan menganalisa dan kebolehan merancang. Perkembangan kebolehan-kebolehan ini berlaku terutamanya selepas umur 3 tahun. Pada usia 6 atau 7 tahun di mana tahap awal persekolahan sekolah rendah bermula, perkembangan otak kanan bertukar kepada otak kiri, di mana perkataan, bahasa serta teori matematik dan sains merupakan asas pembelajaran.

Perkembangan Otak

Semasa kelahiran, bayi memiliki lebih daripada 100 bilion sel otak. Jadi, dari awal lagi, jaringan-jaringan dan sambungan-sambungan penting sudah pun berlaku. Pengalaman bayi di dalam kehidupannya memberi kesan kepada jaringan atau sambungan di dalam otak mereka. 0 hingga 6 tahun adalah masa di mana proses jaringan antara satu sel dengan sel yang lain berlaku. Manakal 7-14 tahun pula adalah proses membuang mana-mana jaringan yang tidak digunakan dan juga proses menguatkan jaringan yang sedia ada. Jadi, manfaatkan sebaik mungkin usia awal kanak-kanak anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan jaringan-jaringan antara sel-sel otak mereka.

Perkembangan otak manusia mencapai 60% sebelum berusia 3 tahun, manakala 90% pada usia sebelum 6 tahun. Otak kanan telah berkembang sebelum umur 3 tahun manakala otak kiri mula berkembang pada umur 4 tahun. Jadi, seeloknya, proses untuk merangsang otak kanak-kanak berlaku di awal usia kanak-kanak, iaitu sebelum usia 6 tahun. Sekiranya rangsangan perkembangan otak kanan dapat dijalankan sebelum bermulanya sekolah rendah, daya imaginasi, daya kreativiti, daya pemerhatian dan daya-daya lain bagi kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkali ganda.

Bagaimana merangsang otak anak anda?

Terdapat pelbagai kaedah untuk merangsang otak anak anda. Antaranya, biasakan anak anda melukis menggunakan kedua-dua belah tangan, banyak melakukan aktiviti fizikal, mengajarkan abacus-mental arithmetic di awal usia kanak-kanak dan sebagainya. InsyaAllah, akan kami kongsikan beberapa kaedah untuk merangsang otak anak-anak anda di dalam website ini.