Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi singgah di laman kami ini!

Parents BIJAK ini dimiliki oleh kami, Anuar Ali dan Azlin Azlan, Parents yang sedang berusaha menjadi BIJAK, untuk melahirkan Anak-anak yang HEBAT dan SOLEH, di dalam sebuah Family yang SIHAT! InsyaAllah!

parents-bijak

Di dalam dunia yang serba moden, canggih dan pantas ini, tidak dinafikan, ibu bapa berdepan dengan cabaran dalam membangunkan sesebuah institusi kekeluargaan. Apatah lagi, bagi melahirkan ahli keluarga yang seimbang dari pelbagai aspek, bukan sahaja aspek intelek dan jasmani, tetapi juga aspek rohani dan emosi.

Untuk itu, Parents BIJAK berhasrat dapat menyumbangkan perkhidmatan yang boleh menjadi sistem sokongan kepada unit-unit keluarga di dalam masyarakat moden hari ini.

Falsafah kami dirumuskan seperti di dalam gambarajah di bawah.

falsafah-Parents-bijak

Setiap anak, seperti manusia yang lain, dikurniakan oleh Allah dengan 3 elemen penting, iaitu AqalHati dan Jasad. Setiap elemen ini perlu dibentuk, dididik, dan dikembangkan bagi memainkan peranan masing-masing sesuai dengan tujuan penciptaan manusia itu sendiri. Aqal melambangkan keupayaan intelekHati melambangkan keupayaan rohani, manakala Jasad melambangkan keupayaan fizikal. Sepertimana manusia yang perlukan makanan untuk mereka beraktiviti dengan produktif, ketiga-tiga elemen itu juga perlukan ‘makanan‘ untuk mereka ‘beraktiviti‘ dengan produktif.

Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan kesemua ‘makanan‘ itu kepada anak-anak? Tidak lain tidak bukan, tentulah ibu bapa mereka atau para penjaga mereka. Setiap produk/perkhidmatan Parents BIJAK diwujudkan sebagai usaha untuk membantu Parents yang BIJAK dalam membekalkan anak-anak mereka dengan ‘makanan‘ bagi setiap elemen di atas, agar anak-anak mereka boleh ‘beraktiviti‘ dengan produktif, insyaAllah.

Anda inginkan;

Anak yang HEBAT, Anak yang SOLEH, dan Family yang SIHAT?

Jom sertai kami, berusaha menjadi Parents BIJAK!

Hubungi kami,

ParentsBIJAK   

+6019 2972386 (Anuar), 

+60 13 9752402 (Azlin)

Email parentsbijak@gmail.com