Anda tinggal di Bandar Baru Bangi dan mempunyai anak berusia 6 tahun? Inginkan anak anda mempelajari kemahiran sempoa atau abacus-mental arithmetic? Daftarkan anak anda ke kelas sempoa Bangi bersama Azlin Sensei anjuran Parents BIJAK!

Pengambilan Baru Kelas Sempoa Bangi bagi sesi Julai 2018

Kami akan membuka pengambilan baru untuk sesi Julai 2018. Kelas pertama bagi pengambilan baru ini dijadualkan bermula pada Selasa, 10 Julai 2018.

Kelas yang ditawarkan, ialah untuk;

  • Kanak-kanak berusia 6 tahun (kelahiran 2012), yang memenuhi pra-syarat berikut;
    1. Memahami konsep nombor dan bilangan
    2. Sekurang-kurangnya mengenali nombor dan nilai 0-10
    3. Boleh menulis nombor 0-9

Maklumat Kelas Sempoa

Kelas akan dijalankan di Parents BIJAK, Seksyen Empat, Bandar Baru Bangi (maklumat lanjut lokasi kelas akan diberikan semasa pendaftaran). Kelas akan berlangsung sebanyak 4 kali sebulan. Tempoh bagi setiap kelas ialah 1 jam. Manakala bayaran adalah sebanyak RM120 sebulan (RM30 untuk pendaftaran).

Apa yang anak Anda akan pelajari?

Pelajar akan memasuki Level 1 iaitu pengenalan kepada Abacus-Mental Arithmetic. Jangka masa untuk Level 1 ialah sekitar 8 hingga 12 bulan, bergantung kepada prestasi pelajar.

Di akhir sesi ini, pelajar diharapkan dapat melakukan operasi tambah dan tolak 2 digit menggunakan sempoa. Setelah itu, pelajar akan ditawarkan ke Level 2, iaitu Pengenalan Mental Arithmetic sebelum memasuk Level 3 iaitu Mental Arithmetic.

Adik ‘Aaisyah (6 tahun)

Adik ‘Aaisyah menyelesaikan operasi melibatkan formula 10.

Kuiz seperti ini adalah antara pendekatan yang kami gunakan dalam kelas kami.

Apakah kelebihan belajar sempoa?

Banyak kelebihan belajar sempoa di peringkat usia awal kanak-kanak. Antaranya ialah;

  1. Dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan
  2. Membina keyakinan diri dalam subjek Matematik
  3. Meningkatkan daya fokus

Yang menariknya, di dalam kelas kami, Azlin Sensei menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik, yang membuatkan anak-anak seronok dan bertenaga.

Apa tunggu lagi? Daftarkan anak anda segera!

Pendaftaran Kelas Sempoa Bandar Baru Bangi

Untuk pendaftaran sila hubungi Azlin Sensei di nombor 013-9752402 (whatsapp/call), atau klik link di bawah.

Pendaftaran dibuka sehingga jam 9 malam, Ahad, 8 Julai 2018.

Tempat adalah TERHAD!

Pengambilan Baru Kelas Sempoa Bangi bagi sesi Julai 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge