Pengambilan Baru Kelas Soroban Mental Arithmetic Sesi 2019

Soroban Mental Arithmetic| Anda mempunyai anak berusia 6 hingga 8 tahun? Ingin mereka mempunyai keyakinan dalam operasi matematik? Ingin cuba teknik kira pantas gaya Jepun? Apa kata daftarkan anak anda ke Kelas Soroban Mental Arithmetic? Kami buka pendaftaran sesi 2019, sekarang!

Apa itu Soroban dan Mental Arithmetic?

Soroban ialah perkataan bahasa Jepun yang bermaksud ‘abacus’ atau yang kita biasa dengar, ‘sempoa’.

Mental Arithmetic pula ialah satu teknik pengiraan yang dilakukan di minda. Pendek kata congak.

Oleh itu, Soroban Mental Arithmetic ialah satu teknik pengiraan dengan membayangkan manik soroban di minda.

Apa kelebihan mempelajari Soroban Mental Arithmetic?

Banyak kelebihan belajar soroban (sempoa) di peringkat usia awal kanak-kanak. Antaranya ialah;

  1. Dapat merangsang perkembangan otak kiri dan kanan
  2. Membina keyakinan diri dalam subjek Matematik
  3. Meningkatkan daya fokus

Yang menariknya, di dalam kelas kami, Azlin Sensei menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik, yang membuatkan anak-anak seronok dan bertenaga.

Apa yang anak anda akan pelajari?

Di dalam kelas Soroban Mental Arithmetic ini, anak anda akan mempelajari;

1. Yubi Soroban/Soroban Jari di mana anak anda akan mempelajari teknik kira pantas menggunakan jari. Tempoh minimum ialah 24 kali kelas (bergantung prestasi pelajar). Di akhir modul ini, pelajar diharapkan dapat melakukan operasi tambah dan tolak dua digit menggunakan jari. Tonton video berikut untuk dapat gambaran kasar tentang yubi soroban.

Jom tgk anak Kak Lin mengira 2 digit tanpa guna lidi 🤣

Dikirim oleh Nik Noor Azlin Azlan pada Minggu, 29 Juli 2018
Latihan matematik menggunakan yubi soroban oleh Adik ‘Aaiyah yang pada ketika ini berusia 6 tahun.

2. Tahap 1 Soroban Mental Arithmetic – Setelah menamatkan modul Yubi Soroban, pelajar akan ditawarkan ke Tahap 1 Soroban Mental Arithmetic. Dalam modul ini, pelajar mula menggunakan soroban untuk melakukan operasi tambah dan tolak. Pelajar akan belajar konsep dan membuat latihan di 64 worksheet, yang mana minimum 1 worksheet bagi 1 kelas (bergantung prestasi pelajar). Di akhir modul ini, pelajar diharapkan dapat melakukan operasi tambah dan tolak 3 digit dengan menggunakan soroban.

Tahap 1 Soroban Mental Arithmetic – kuiz yang menguji kemahiran mendengar

3. Tahap 2 Soroban Mental Arithmetic – Apabila menamatkan Tahap 1, pelajar akan ditawarkan ke Tahap 2 di mana dalam modul ini pelajar akan dikenalkan dengan konsep pembayangan.

4. Tahap 3 Soroban Mental Arithmetic – Di modul ini, pelajar akan mempelajari bagaimana membayangkan manik-manik soroban di dalam minda semasa membuat operasi tambah dan tolak.

Teruja untuk anak belajar kemahiran ini?

Jika anak anda berusia 6 hingga 8 tahun (kelahiran 2011 hingga 2013) dan memenuhi pra-syarat berikut, anak anda sesuai menyertai kelas ini.

  1. Mengenal nombor 1-10
  2. Boleh mengira 1-10
  3. Faham konsep nombor 1-10
  4. Boleh menulis nombor 1-10

Maklumat kelas

Kelas akan dijalankan seperti berikut;

Hari: Setiap Ahad
Masa: 3:30 hingga 4:30 petang
Tempat: Akademi Sorometic, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi (maklumat tempat akan diberikan selepas pendaftaran disahkan).
Yuran Pendaftaran: RM30
Yuran Bulanan: RM100 (RM25 bagi setiap sesi)

Kelas pertama akan bermula pada Ahad, 17 Februari 2019.
Yuran bagi bulan Februari ialah RM80 (RM30 pendaftaran + RM50 bulanan).

Jom daftar ke Kelas Soroban Mental Arithmetic segera!

Untuk pendaftaran, sila isi borang di link berikut;

http://bit.ly/sorometicFeb2019

Pendaftaran dibuka sehingga Isnin, 11 Februari 2019 (jam 9 malam).

Tempat adalah TERHAD!

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Azlin Sensei di 013-9752402 atau klik link berikut untuk whatsapp.

http://www.wasap.my/+60139752402/sorobanfeb2019

Semoga anak anda dapat menguasai kemahiran Soroban Mental Arithmetic ini, insyaAllah.

Pengambilan Baru Kelas Soroban Mental Arithmetic Sesi 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge