Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

Sejak kebelakangan ini, saya pasti ramai yang sudah tidak asing lagi dengan produk Shaklee. Setiap hari, ramai yang berkongsi info produk Shaklee, kebaikannya malah testimoni produk berkenaan di media sosial. Sehinggakan ada yang terdetik di hati, ingin membeli produk Shaklee dan mencubanya.

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan produk Shaklee, untuk makluman anda, produk Shaklee hanya boleh diperolehi di cawangan-cawangan Shaklee atau melalui Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor, SID) yang sah. Jadi, kalau cari di pasaraya atau kedai runcit, memang tak jumpa 😉

Pengedar Shaklee Bangi

Kami, Parents BIJAK (Azlin) juga merupakan salah seorang Pengedar Bebas Shaklee, SID yang sah. Kami adalah pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi yang anda boleh percayai. Jika anda berada di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya, dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee atau membelinya, hubungi sahaja kami. Selain khidmat nasihat, kami juga boleh berikan khidmat Cash On Delivery (COD). Bagi anda yang berada di luar Bangi, jangan risau kerana kami akan hantarkan produk Shaklee melalui perkhidmatan kurier ke seluruh Malaysia.

Bagaimana saya mengenali Shaklee

Setiap ahli Shaklee mempunyai ceritanya yang tersendiri bagaimana mereka mengenali Shaklee. Saya juga begitu 😉 Saya mengenali Shaklee sekitar tahun 2002, sewaktu menuntut di pusat persediaan ke Jepun. Pada masa itu, ibu saya merupakan salah seorang ahli Shaklee, dan sebagai seorang ibu yang pentingkan kesihatan anaknya, beliau membekalkan saya dengan beberapa produk Shaklee. Saya pun tidak berapa ingat produk apa, yang pasti, ada beberapa botol, dan botolnya lebih besar berbanding botol sekarang. Reka bentuk pada botolnya pun lain. Pada ketika itu, saya mengambil produk Shaklee tanpa memahami kenapa perlu ambil supplement. Al-maklum, ibu yang suruh. Percuma pula itu. Makan sahajalah.

Apabila saya melanjutkan pelajaran ke Jepun pada 2003, secara automatiknya, saya pun berhenti mengambil produk Shaklee. Ibu saya juga sudah tidak aktif sebagai ahli Shaklee.

Tidak berapa lama setelah kembali ke tanah air, saya kembali terdedah dengan Shaklee melalui senior saya di Jepun yang merupakan upline saya sekarang ini. Pada Disember 2013, saya mula mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan mencuba GLA Complex. Namun, pada ketika itu, keimanan terhadap keberkesanan produk Shaklee masih tipis. Iyalah. Kebanyakan produk Shaklee, kesannya ambil masa. Bukan hari ini ambil, esok terus selesai masalah 😉 Tetapi, ada satu peristiwa yang membuatkan keyakinan saya terhadap produk Shaklee meningkat.

Pada Februari 2014, ditakdirkan, suami menghidapi demam denggi. Walaupun tidak terlalu teruk sehingga perlu masuk wad, namun, hati isteri mana yang tidak risau. Ada yang cadangkan supaya ambil NutriFeron dan juga Performance Drink. Hari itu juga saya keluar dan buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke HQ Shaklee (di Subang Jaya ketika itu). Terkial-kial pada masa itu. Bila tiba giliran di kaunter, kakitangan di kaunter maklumkan, stok NutriFeron tiada. Sudah! Macam mana saya boleh tidak perasan notis yang tertayang di kaunter ambil nombor. Huhu.

Baliklah saya tanpa NutriFeron. Sambil itu mesej juga rakan-rakan yang lain bertanyakan stok NutriFeron. Alhamdulillah, ada pengedar di Bangi yang ada stok NutriFeron. Saya pun bancuhkan NutriFeron dan Performance Drink, lalu berikan kepada suami setiap 8 jam. Suami yang pada asalnya sedikit ragu dengan produk Shaklee, alhamdulillah berubah menjadi yakin setelah merasai sendiri keberkesanannya. Dia sendiri pula yang sarankan NutriFeron kepada adiknya yang tidak berapa lama selepas itu turut menghidap demam denggi. Keyakinan saya, apalagi. Meningkat jugalah! Sejak itu, NutriFeron memang menjadi bekalan yang perlu sentiasa ada di rumah. Bila ada yang nak demam sahaja, cepat-cepat saya berikan NutriFeron sebagai ikhtiar. Selepas peristiwa itu, saya mula mengkaji dan mencuba produk Shaklee yang lain sedikit demi sedikit, dan alhamdulillah sekarang, saya menggunakan produk Shaklee dengan kefahaman dan keyakinan.

Inilah dua produk yang meningkatkan keyakinan kami terhadap Shaklee. NutriFeron dan Performance Drink.

Itulah dia kisah saya dengan Shaklee. Kisah anda pula bagaimana? Ingin saya bantu melakar kisah anda dengan Shaklee? Hubungi saya, insyaAllah saya sedia membantu anda!

Azlin Azlan
SID: 1087188
013-9752402
parentsbijak@gmail.com

Pengedar Shaklee Bangi yang anda boleh percayai

2 thoughts on “Pengedar Shaklee Bangi yang anda boleh percayai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge