Pengenalan Dermatoglifiks

dermatoglifiks

Analisa Cap Jari atau Dermatoglifiks adalah kajian saintifik tentang cap jari yang berasal dari Bahasa Greek (derma = kulit, glyph = ukiran). Berdasarkan kajian embriogenesis, cap jari kita terbentuk sekitar minggu ke-13 hingga ke-19 kehamilan. Pembentukan cap jari ini adalah selari dengan pembentukan otak janin. Oleh itu, dipercayai bahawa cap jari dan perkembangan otak yang menggambarkan karakter dan potensi semulajadi, adalah berkait rapat. Pendek kata, dermatoglifiks merupakan alat yang paling baik dan mudah untuk memahami ‘mesej’ otak.

Walaupun dermatoglifiks boleh mengenal pasti potensi kita, namun kekurangan didikan untuk mengembangkan kekuatan genetik kita menyebabkan kekuatan kita terhalang. Sebaliknya, latihan yang kerap boleh menguatkan kelemahan kita, tanpa mengambil kira berapa banyak potensi yang kita ada.

Oleh kerana itu, memahami dermatoglifiks boleh membantu mendidik personaliti kita, kekuatan dan kelemahan kita, yang hasilnya, boleh meningkatkan lagi kekuatan kita dan memperbaiki kelemahan kita.

 

Bagaimana fungsi otak direfleks ….

Disebabkan dermatoglifiks ada kaitan dengan perkembangan otak, jadi, setiap fungsi otak yang menggambarkan potensi semulajadi seseorang boleh di’baca’ melalui cap jari.

Cap jari di tangan kanan mem’baca’ ‘mesej’ otak kiri, manakala cap jari di tangan kiri mem’baca’ ‘mesej’ otak kanan.

Berikut adalah gambaran ringkas bagaimana fungsi bahagian otak direfleks melalui cap jari.

fungsi-otak

Kelebihan dermatoglifiks

Sebelum ini, banyak kajian dan ujian personaliti telah dilakukan bagi mengenali personaliti diri. Biasanya ujian personaliti ini terkenal di kalangan pelajar sekolah menengah dan ke atas, kerana ia membantu dalam pemilihan kursus pengajian, kerjaya, kehidupan seharian dan untuk pelbagai kegunaan yang lain. Ada yang mengambarkan personaliti melalui tarikh/bulan kelahiran, warna kegemaran, melalui ciri-ciri luaran yang boleh dilihat dan beberapa kaedah lain lagi. Tidak dinafikan, ada yang tepat, ada yang kurang tepat. Kerana ianya adalah kajian secara umum.

personality-test

Namun, berbeza dengan teknologi dermatoglifiks kerana ianya khusus bersifat peribadi. Khusus untuk individu tertentu kerana setiap orang mempunyai jenis cap jari dan bilangan uratan cap jari yang berbeza. Setiap cap jari seseorang adalah unik. Oleh kerana itu, dermatoglifiks boleh dikatakan lebih tepat untuk mengenali seseorang kerana ianya berdasarkan kajian terhadap fungsi semulajadi bahagian otak seseorang.

Dermatoglifiks dikatakan lebih tepat kerana;

1.       Menyeluruh – boleh memahami kesemua potensi semulajadi seseorang dan kaedah pembelajaran paling berkesan seseorang

2.       Objektif – tidak dipengaruhi oleh budaya, kesihatan dan perasaan

3.       Stabil – membekalkan maklumat genetik yang boleh dipercayai, yang tidak berubah seumur hidup

4.       Meluas – penggunaannya meluas dari usia 1 hingga 100 tahun (atau seumur hidup)

5.       Mudah – mudah, tiada kesan sampingan, tidak perlu menjawab sebarang soalan

 

Aplikasi dermatoglifiks

Sedar tak sedar, teknologi dermatoglifiks telah pun digunakan sejak dahulu hingga sekarang.

Antaranya;

twinsKembar seiras berkongsi DNA yang sama, namun mempunyai cap jari yang berbeza. Disebabkan tiada dua cap jari yang benar-benar serupa telah ditemui, pengenalan diri menggunakan cap jari telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan seluruh dunia untuk mengenal pasti penjenayah dan mangsa jenayah melebihi 100 tahun.

 

 

sealsMenjelang tahun 246 sebelum Masihi, para pegawai China menggunakan cap jari untuk memeterai dokumen-dokumen. Sebelum tahun 851 Masihi pula, para peniaga China menggunakan cap jari untuk permohonan pinjaman. Menjelang tahun 702 Masihi, negara Jepun telah menggunakan amalan negara China dalam memeterai kontrak menggunakan cap jari.

 

 

olympicsRusian dan China telah menggunakan dermatoglifiks dalam proses pemilihan atlet-atlet ke Sukan Olimpik sejak tahun 1970-an. Di China, proses pemilihan bermula sejak usia 4 tahun lagi.

 

 

 

biometricsDi dalam masyarakat moden kita sekarang, penggunaan cap jari digunakan untuk pengenalan peribadi, seperti untuk mengakses komputer, sesuatu jaringan, akaun bank, kereta, pejabat atau rumah. Tidak ketinggalan, ia digunakan oleh pihak imigresen semasa proses penerimaan individu ke sesebuah negara.