Apa itu Mental Arithmetic?

abacus-mental-arithmetic

Mental Arithmetic adalah satu kaedah pengiraan yang melibatkan operasi tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (/) di mana para pelajar akan membayangkan pergerakan manik-manik sempoa bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut. Ia melibatkan tahap penguasaan otak kanan.

Abacus-Mental Arithmetic pula adalah kaedah mental arithmetic yang menggunakan abacus (sempoa/soroban) sebagai alat bantu.

Kenapa perlu ajar Mental Arithmetic?

  1. Merangsang serta menggilap potensi otak sehingga berkembang dan mencapai fungsi yang maksimum
  2. Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan
  3. Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran, tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir
  4. Penekanan yang seimbang dalam 3 aspek iaitu ‘Intellectual Quotient’ (IQ), ‘Emotional Quotient’ (EQ) dan ‘Spiritual Quotient’ (SQ)
  5. Meningkatkan kemahiran latihan untuk potensi motor halus
  6. Melatih kanak-kanak pra-sekolah untuk bersedia menerima arahan

Kanak-kanak yang mempelajari Mental Arithmetic…

  1. Berkebolehan mengira dengan PANTAS dan CEPAT
  2. Mencungkil KECERDASAN MINDA dalam merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, penglihatan dan disiplin masa
  3. Menambah KEYAKINAN DIRI di samping cekap dalam subjek Matematik
  4. Meningkatkan KECERGASAN REAKSI terhadap sesuatu, mudah mengikuti dan memahami pembelajaran guru
  5. Meningkatkan kemahiran KREATIF dan IMAGINATIF
  6. Meningkatkan kemahiran ANALISIS dan LOGIKAL
  7. Keupayaan PEMERHATIAN yang lebih tajam

 

Jadi, apa lagi. Ajarkan anak anda Mental Arithmetic di awal usia mereka!