Sekarang ini ramai pula yang saya dengar kena chicken pox, terutama kanak-kanak. Bila anak-anak kena chicken pox, kita yang mak-mak ini lah yang akan sibuk lebih dari biasa.

Mana tidaknya, anak-anak yang kena chicken pox, tak boleh dihantar ke taska atau tadika, kerana nanti virusnya menular pula kepada kanak-kanak di taska dan tadika. Kalau yang sudah sekolah rendah pula, kena bercuti sampailah chicken pox itu sembuh. Jadi, mak lah yang kena jaga anak-anak di rumah. Kalau ibu-ibu bekerjaya, terpaksa ambil cuti untuk jaga anak. Dalam entri kali ini, insyaAllah akan dikongsikan petua-petua merawat chicken pox di rumah.

Apa itu Chicken Pox?

Chicken pox ini adalah penyakit yang disebabkan oleh virus varicella. Bila badan dijangkiti virus, ambil masa sikit untuk sembuh. Tak macam kalau dijangkiti bakteria, 2-3 hari dah sembuh. Chicken pox, dalam seminggu hingga 2 minggu juga untuk sembuh. Ada juga yang kena lebih lama. Bergantung kepada daya imunisasi anak-anak melawan virus berkenaan.

Video ini bagus untuk kita lebih memahami tentang chicken pox. Ada diterangkan mengenai punca, simptom dan sebagainya.

Apakah ubat untuk rawat chicken pox?

Disebabkan chicken pox adalah disebabkan oleh virus, jadi, sebenarnya TIADA ubat. Memang kena tunggu virus itu keluar dari tubuh kita. Siapa yang daya imunisasinya tinggi, cepatlah sembuh. Untuk gatal-gatal kulit pula, biasanya doktor cuma akan bagi krim untuk disapu pada kulit.

Petua Semulajadi Rawat Chicken Pox di Rumah

Antara yang menjadi kerisauan ibu-ibu apabila anak-anak mengidap chicken pox ialah bagaimana merawat parut yang terbentuk. Di sini saya kongsikan beberapa petua semulajadi (home remedies) untuk merawat parut chicken pox di rumah.

1. Air kelapa

Manfaat:

Air kelapa sangat tinggi kandungan vitamin dan mineral. Ia boleh menyembuhkan luka, parut dan juga kedutan di kulit. Asid laurik dan cytokines yang terkandung di dalam air kelapa boleh bertindak sebagai tonik kulit yang membantu mengekalkan pH kulit. Sifatnya yang anti-virus, anti-mikrob dan anti-kulat pula berfungsi untuk menyembuh dan melegakan kulit.

Cara guna:

Apabila lepuhan (blister) sudah kering, sapukan air kelapa secara langsung ke kulit dengan menggunakan kapas. Amalkan setiap hari untuk mengurangkan kesan parut akibat lepuhan.

2. Gel Aloe vera

Manfaat:

Gel aloe vera mempunyai ciri anti-radang, anti-mikrob dan anti-oksidan. Jadi gel ini bagus untuk menyembuhkan jangkitan kuman, alahan dan luka. Jika gel aloe vera disapukan pada kulit, gel ini akan meresap masuk ke dalam kulit dan ia akan membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Cara guna:

Sapukan gel aloe vera dari daun aloe vera yang segar langsung ke parut. Tunggu sehingga gel kering kemudian bilas dengan air.

3. Jus lemon

Manfaat:

Jus lemon kaya dengan vitamin C yang membantu penghasilan kolagen. Kolagen bagus untuk membaiki kulit dan sel yang rosak. Malah, jus lemon juga merupakan peluntur semulajadi yang boleh menghilangkan parut chicken pox sekiranya kerap disapu.

Cara guna:

Sapu jus lemon ke parut dengan menggunakan kapas. Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk.

4. Minyak kelapa

Manfaat:

Minyak kelapa mengandungi beberapa jenis asid lemak dan juga vitamin E yang bagus untuk menghilangkan parut.

Cara guna:

Sapukan minyak kelapa yang suam-suam kuku ke bahagian parut dan urut secara perlahan-lahan. Amalkan sebanyak 2-3 kali sehari.

Sekarang, sudah banyak produk Minyak Kelapa Dara (VCO, Virgin Coconut Oil) di pasaran. Jadi, boleh beli dan sapu 🙂

5. Madu

Manfaat:

Madu kaya dengan pelbagai nutrien. Ia menggalakkan pembentukan semula kulit yang secara tak langsung dapat mengurangkan kesan parut pada kulit.

Cara guna:

Sapu secara langsung ke bahagian parut. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk.

Petua Semulajadi Versi Moden Rawat Chicken Pox

Selain mencuba petua semulajadi di atas, ibu-ibu juga mungkin boleh mencuba petua versi moden pula 🙂 Apa yang modennya? Haa, yang modennya ialah ramuan semulajadi yang dicadangkan ini adalah dalam bentuk moden iaitu bentuk krim dan juga bentuk serbuk. Lebih mudah untuk digunakan.

1. Krim Herbal Blend Shaklee

Dari nama krim pun sudah tahu, ianya adalah krim gabungan beberapa herba. Antara herba yang ada di dalam Shaklee Herbal Blend Cream ini ialah sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Banyak manfaat krim ini, antaranya dapat melegakan sakit kulit dan merawat luka. Jadi ia sangat sesuai untuk digunakan untuk mengurangkan gatal-gatal pada kulit semasa menghidap chicken pox. Malah ia juga boleh mengurangkan kesan parut chicken pox. Cuma sapu pada kawasan kulit yang gatal dan juga pada parut.

2. NutriFeron

Petua-petua di atas adalah lebih kepada petua untuk merawat parut chicken pox. Petua kali ini pula lebih kepada petua untuk meningkatkan imunisasi badan iaitu daya tahan badan melawan penyakit. Bila imunisasi badan tinggi, secara tidak langsung, kita akan lebih cepat sembuh dari penyakit.

Shaklee NutriFeron adalah satu lagi produk berasaskan herba keluaran Shaklee. Rumusan gabungan herbanya membantu meningkatkan interferon di dalam badan. Interferon merupakan protein yang memberi signal kepada badan apabila badan diserang bendasing seperti virus dan bakteria. Ia berfungsi merangsang sistem imun untuk melawan penyakit, seperti chicken pox. Pendek kata,  apabila interferon banyak, cepatlah seseorang itu sembuh dari penyakit.

Empat ramuan utama NutriFeron ialah biji labu, bunga safflower, biji plantago dan tunas bunga Japanese honey suckle. Ia dihasilkan dalam bentuk serbuk. Jadi, lebih mudah untuk diambil, samaada secara langsung atau dibancuh bersama minuman kegemaran anak-anak. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan ikhtiar mengambil NutriFeron, sistem imun anak menjadi lebih kuat.

Set Chicken Pox Shaklee

Bagi yang ingin ikhtiar rawat chicken pox di rumah dengan produk Shaklee, bolehlah dapatkan Set Chicken Pox Shaklee ini melalui kami. InsyaAllah, sistem imun meningkat, kesan parut pun berkurang! Ini cadangan set untuk kanak-kanak, ya. Untuk orang dewasa, yang dah boleh makan kapsul, bolehlah ditambah dengan Vitamin E agar kesan parut lebih cepat pudar.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Azlin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera diJoin NOW

Anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

 

Petua Semulajadi Rawat Chicken Pox di Rumah

3 thoughts on “Petua Semulajadi Rawat Chicken Pox di Rumah

  • April 20, 2017 at 3:12 pm
    Permalink

    Pernah kena chicken pox masa umur 26tahun..hazabnya bila kena masa dewasa. Sayang masa tu belum kena Shaklee. So bertabah je lah sementara nak baik tue. :p

    Reply
  • May 2, 2017 at 6:30 am
    Permalink

    Herbal blend cream ni memang wajib ada setiap rumah kan. In case tetibe ade anak2 atau kite dijangkiti virus chicken pox ni da standby siap2 takdela menjajar cari cream ni hihi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge