Alhamdulillah, setakat ini, dua kali sesi Playgroup Anak SOLEH telah dijalankan. Playgroup ini pada asalnya dianjurkan sebagai medium sosial untuk anak perempuan kami yang berusia genap 3 tahun pada tahun ini, juga buat rakan sebayanya. Di samping cuba berkongsi pendekatan berbeza dalam pendidikan  anak-anak kepada ibu-ibu yang hadir. Menggunakan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak Islam versi Jepun yang lebih mengutamakan Self-Help, Value dan Spiritual di usia emas yang sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi mereka. Semoga usaha yang kecil ini, dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di sekeliling kami, insyaAllah.

islamic-playgroup

Playgroup Anak Soleh September 2015

Bertemakan ‘SABAR‘, playgroup pertama ini telah diadakan pada 9 September yang dimulakan dengan sesi suai kenal, kemudian diteruskan dengan sesi Story Telling dari buku  ‘Halo Balita – Aku Anak Sabar‘ terbitan Pelangi MIZAN yang dibacakan oleh Azlin Sensei. Kanak-kanak sangat teruja dengan gambar-gambar di dalam buku ini.

aku-anak-sabar

Kemudian, sesi diteruskan dengan pembelajaran ayat al-Qur’an pilihan beserta gerak badan, yang bertujuan membentuk peribadi sabar pada diri kanak-kanak melalui pendekatan baru. Ayat pilihan untuk sesi playgroup kali ini ialah ayat 46, surah Al-Anfaal.

islamic-playgroup

Sesi seterusnya ialah sesi GAME di mana sesi aplikasi ayat yang dipelajari. Kanak-kanak diminta beratur (berapa ramai yang sabar beratur untuk ambil giliran ;)) dan mengasingkan beruang mainan mengikut warnanya. Selain mengamalkan apa yang dipelajari, kanak-kanak  diasah kemahiran pengkelasan warna mereka.

Sesi terakhir ialah sesi Art & Craft sambil memperkenalkan huruf hijaiyah Alif dan bunyinya. Salah satu kemahiran yang perlu ada pada kanak-kanak, iaitu Mengoyak dan Menampal 🙂

islamic-playgroup

Sesi ditutup dengan sesi Bonding Time. Ibu-ibu dan kanak-kanak menikmati kudapan sambil bermain dan berbual. Sesi ini paling meriah.

Jazakumullahu Khairan Kathira Azlin Sensei ucapkan kepada yang hadir. Harap maaf, kerana terlalu sibuk, Azlin Sensei tak sempat nak ambil gambar. Azlin Sensei kongsikan video Adik Arsyad berlatih di rumah.

Playgroup Anak SOLEH November 2015

Playgroup kedua telah berlangsung pada 4 November dengan tema ‘Keluarga Saya‘. Sesi dimulakan dengan sesi suai kenal dengan pendekatan game Knock The Door, seterusnya sedikit ulangkaji ayat hafazan sesi playgroup pertama.

Seperti biasa, tak lengkap playgroup ini tanpa sesi Story Telling. Kali ini, Azlin Sensei membacakan buku ‘Halo Balita – Aku Sayang Keluargaku’ terbitan Pelangi MIZAN.

aku-sayang-keluargaku

Bersesuaian dengan tema, slot Fun Arabic diteruskan dengan mengenalkan watak-watak dalam keluarga di dalam Bahasa Arab dan juga dengan menggunakan gaya badan. Lebih menarik, untuk memudahkan proses pembelajaran, diiringi dengan lagu Nahnul Ailah (My Family). Azlin Sensei sampai mengah-mengah menyanyi sambil membuat gaya 😉

Sesi diteruskan dengan mengasah kemahiran menggunting dan menampal anak-anak seterusnya diakhiri dengan sesi yang ditunggu-tunggu, Free-Play 🙂

Terima kasih Azlin Sensei ucapkan kepada yang hadir. Terima kasih juga Azlin Sensei ucapkan kepada ibu-ibu yang sudi berkongsi video yang dirakamkan. Harap dapat berjumpa lagi dalam sesi yang akan datang.

Anda berminat agar anak-anak Anda menyertai Playgroup Anak Soleh ini?

Hubungi kami untuk pendaftaran:

013-9752402 (Azlin Sensei)

parentsbijak@gmail.com

 

 

Playgroup Anak SOLEH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge