Produk 

Analisa Saintifik Cap Jari (Dermatoglyphics Multiple Intelligences Test, DMIT) adalah satu produk menggunakan teknologi dermatoglifiks untuk ‘membaca’ mesej otak. Mesej otak yang boleh dilihat pada cap jari, akan diimbas menggunakan pengimbas khas, kemudian imbasan-imbasan cap jari akan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Melalui teknologi yang menggabungkan kajian genetik, emriologi, neurologi, psikologi, sains tingkah laku dan sebagainya, satu laporan akan dikeluarkan.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan analisa saintifik cap jari ini. Antaranya ialah BrainChecker Global Group Sdn Bhd. Manakala kami, Parents BIJAK pula adalah salah satu rakan niaga BrainChecker Global Group Sdn Bhd sejak Jun 2012.

brainchecker

Laporan analisa saintifik BrainChecker dapat membantu anda mengenal pasti bakat semulajadi, kepintaran pelbagai/multiple intelligences (by Howard Gardner), bidang pengajian yang paling sesuai atau kerjaya yang paling sesuai, kaedah pembelajaran paling sesuai dan banyak lagi maklumat yang sangat berguna untuk diri anda. Terdapat 4 jenis laporan untuk dipilih.

Laporan analisa saintifik ini juga mengandungi cadangan-cadangan mengenai bagaimana anda boleh menggunakan kekuatan dan kelemahan anda. Disebabkan cap jari anda tidak berubah sepanjang hidup, analisa ini hanya perlu dilakukan SEKALI SEUMUR HIDUP!