Promosi Shaklee November 2017 | Kita dah masuk minggu kedua bulan November 2017. Awal-awal bulan ini adalah waktu yang sesuai untuk Kak Lin kongsikan apakah dia Promosi Shaklee November 2017. Banyak promosi menarik yang rugi sangat kalau tak rebut 😉

Peluang Terbaik untuk Ibu Ayah Rebut

Agak-agak apa dia, ya produk Promosi Shaklee November 2017 yang sampai Kak Lin kata ini peluang terbaik untuk ibu ayah rebut? Nak tahu ker atau nak tahu sangat? 😉

1. Beli 3 PERCUMA 1 Vita-Lea for Children

Haaa. Inilah dia produk Promosi Shaklee November 2017 yang WAJIB ibu ayah rebut. Vita-Lea for Children! Sebab bulan ini Shaklee tawarkan promosi Beli 3 Percuma 1. Berbaloi, kan?

Apa yang istimewa sangat Vita-Lea fir Children ini?

Ibu Ayah BIJAK tentu sedia maklum, yang si manja anda yang sedang membesar sekarang itu sangat perlukan vitamin dan mineral yang mencukupi. Untuk apa? Tentulah untuk kesihatan dan tumbesaran yang optimum. Tapi, setuju tak kalau Kak Lin kata, ramai antara si manja kita ni yang jenis memilih makanan? Nak makan nasi dengan kuah sahaja, tak nak makan lauk. Makan sayur kena paksa. Makan buah jarang-jarang. Betul ker sangat betul? Haaa, angguk itu tanda betul lah tu 😉

Disebabkan anak-anak ini jenis suka memilih makanan, jadi kita sebagai Ibu Ayah BIJAK ini perlukan berikan mereka multivitamin untuk menyokong keperluan nutrisi anak-anak kita yang comel lote itu. Vita-Lea for Children keluaran Shaklee adalah salah satu pilihan yang ada.

Vita-Lea for Children keluaran Shaklee ini ada 18 jenis vitamin dan mineral. Dilengkapi dengan 100% nilai harian bagi lapan jenis Vitamin B, Vitamin C, D dan E yang sangat memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.

Yang syoknya, ibu ayah tak perlu risau tentang pengawet, pemanis atau perasa tiruan. Sebab itu semua memang tiada di dalam Vita-Lea for Children ini. Rasa manisnya adalah manis semulajadi beperisa anggur lazat. Bebas gluten lagi. Selamat untuk si manja ibu ayah BIJAK semua. Sesuai dengan salah satu moto Shaklee. Always SAFE 🙂

Anak Kak Lin, Muhammad dan Vita-Lea for Children.

2. Belanja minimum 100UV untuk mana-mana produk  Set Keperluan Harian Shaklee dan nikmati diskaun 20% untuk  pembelian Vita-E Complex atau GLA-Complex

Anda ibu bapa BIJAK tetapi anak-anak kecil anda sudah bukan anak-anak kecil lagi? Semua sudah meningkat remaja? Haa, anda boleh nikmati promosi seterusnya yang ditawarkan oleh Shaklee sempena Promosi Shaklee November 2017 ini. Anak-anak remaja juga perlukan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran mereka. Jadi, apa kata Ibu Ayah sekalian cuba Set Keperluan Harian Shaklee?

Dengan pembelian minimum 100UV untuk mana-mana produk dari Set Keperluan Harian Shaklee, Ibu Ayah BIJAK layak menikmati potongan harga sebanyak 20% untuk Vita-E Complex atau GLA Complex.

Vita-E Complex – Sokongan Antioksidan Anda

Untuk pengetahuan Ibu Ayah BIJAK, Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat.

Istimewa untuk lelaki, Vitamin E bagus untuk menyokong tenaga yang berterusan, menggalakkan kesihatan menyeluruh yang baik dan mengekalkan kekuatan otot untuk tubuh yang sihat dan cergas. Kalau ada anak lelaki di usia remaja, boleh cuba dapatkan Vita-E Complex ini untuk beliau 😉

GLA-Complex – Pembantu Khas Wanita

Ibu Ayah BIJAK yang ada anak gadis yang ada masalah dengan kitaran haid bulanan, bolehlah mencuba GLA Complex keluaran Shaklee. GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin, iaitu bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Bukan sahaja bermanfaat untuk anak gadis remaja, wanita di semua peringkat umur juga perlukan GLA untuk mengekalkan kesihatan.

3. Daftar Keahlian Shaklee dan Jimat RM40 untuk Pek Berkembar Vivix

Kalau anda dah lama berkira-kira nak daftar jadi ahli Shaklee, bulan November 2017 adalah bulan yang tak perlu lagi anda nak berkira-kira. Betul, Kak Lin cakap. Nak tahu kenapa? Sebab kalau anda daftar ahli Shaklee bulan November ini, Shaklee ada buat promosi JIMAT RM40.28 jika anda dapatkan Pek Berkembar Vivix.

Yang menariknya, dengan pembelian Pek Berkembar Vivix ini, anda akan menikmati;

  • Keahlian Shaklee secara PERCUMA (jimat RM69)
  • Penghantaran PERCUMA
  • Jimat 5%
  • Bonus lebih RM35 pada pertengahan bulan Disember 2017.

Haaa, amacam? Menarik kan? Apa lagi? Jom daftar segera 🙂

Jika anda adalah ahli Shaklee, ada promosi istimewa buat anda! Jom sambung baca 😉

4. Kembangkan organisasi Anda dan berpeluang miliki produk istimewa PERCUMA!

Bagi ahli Shaklee (SID) yang berhasrat ingin kembangkan organisasi perniagaan anda, bulan November inilah masanya. Produk hangat, meletop kebabom akan menjadi milik anda!

Taja 3 ahli baru dan miliki Omega Guard atau SR Vita-C PERCUMA!

Anda cuma perlu taja 3 ahli baru dengan minimum pembelian 100 UV seorang, dan anda akan mendapat 1 Shaklee Sustained Release Vita-C Plus secara PERCUMA!

Jika anda menaja 3 ahli baru dengan minimum pembelian 200 UV seorang pula, anda layak memiliki Shaklee Omega Guard secara PERCUMA!

Boleh tuntut produk percuma ini di cawangan-cawangan Shaklee atau menerusi talian Khidmat Pelanggan Shaklee. Mudah sahaja 😉 Ahli baru pun anda dapat, vitamin FREE pun dapat, bonus pun dapat 🙂 Menarik, kan?

Jadi penaja tertinggi dan miliki Vitamin PERCUMA!

Jika anda berjaya menjadi penaja tertinggi, anda berpeluang miliki vitamin berikut secara PERCUMA!

  1. 3 Penaja Tertinggi bagi ahli baru dengan pembelian minimum 200 UV akan mendapat 2 kotak Shaklee Collagen Powder. Memang menjadi idaman Kak Lin lah produk ini. Kulit boleh jadi mulus 😉
  2. 3 Penaja Tertinggi bagi ahli baru dengan pembelian minimum 100 UV pula akan mendapat 2 botol VIVIX secara PERCUMA. Yang ni pun BEST. Boleh Kak Lin bagi hadiah kat mama Kak Lin 😉
  3. 7 Penaja Tertinggi berikutnya pula akan mendapat sebotol VIVIX PERCUMA.

Amacam? Syok, kan? Apa lagi. Jom pakat kongsi kebaikan produk Shaklee dan pakat ajak daftar ahli 🙂

Dapatkan Promosi Shaklee November 2017 sekarang!

Kak Lin mengalu-alukan pendaftaran ahli Shaklee di dalam biz team kami.

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi Terbaik

Hubungi Kak Lin untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan. Klik sahaja link di bawah untuk wasap Kak Lin.

+6013-9752402 (Kak Lin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera di “Join NOW

Anda semua juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Promosi Shaklee November 2017 – Peluang Terbaik untuk Ibu Ayah Rebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge