Pejam celik, pejam celik, kita dah pun di hujung bulan September 2017. Hari ini Kak Lin nak kongsi sikit tentang Promosi Shaklee September 2017. Kak Lin rasa produk promosi bulan ini, memang sesuai sangat dengan rakan sejantina Kak Lin, iaitu kaum Hawa. Nak tahu kenapa? Haaa, jemput baca kat bawah 😉

Promosi Shaklee September 2017 Yang Pasti Mengujakan Kaum Hawa

Terdapat 3 promosi Shaklee yang ditawarkan untuk bulan September ini.

1 – Kekal aktif sebagai ahli Shaklee dan menangi e-voucher bernilai RM30

Kepada mana-mana ahli Shaklee yang dah luput tarikh keahliannya, atau nak dekat luput, Kak Lin nasihatkan supaya aktifkan semula keahlian anda dalam bulan September ini. Kenapa? Sebab, anda akan dapat e-voucher free free jer Shaklee bagi. Bukan RM5, bukan RM10, tapi RM30! Haaa, banyak ke banyak sangat? E-voucher ini, anda semua boleh guna bila buat pembelian produk Shaklee termasuk promosi yang ke-3 yang Kak Lin akan cerita di bawah nanti. Boleh redeem RM10 untuk setiap 100UV Shaklee. Haa, jimat tau. So, cepat-cepatlah aktifkan keahlian anda itu.

2 – Daftar ahli Shaklee dan dapatkan Shaker atau SR Vitamin C dengan harga istimewa

Bagi anda yang dah lama usha produk Shaklee, dan dah lama fikir-fikir nak daftar ahli atau tidak, jangan ragu-ragu lagi. Bulan ini adalah masa terbaik untuk anda daftar keahlian Shaklee. Kenapa? Haaa, sebab ada tawaran hebat buat anda yang daftar keahlian Shaklee bulan ini!

Tawaran pertama, ialah anda berpeluang memiliki Shaker Shaklee yang comel menawan ini dengan harga cuma RM18. Jimat lebih RM30 tau. Boleh guna untuk bancuh ESP 🙂

Tawaran kedua ialah anda layak mendapatkan Sustained Release Vita-C Plus yang ohsem dengan hanya RM60. Banyak kebaikan Vita-C ini, tau! Memang kegemaran Kak Lin.

Dua-dua tawaran menarik sangat? Nak dua-dua sekali? Haaa, boleh sangat. Shaklee memang faham orang yang tak suka rugi macam anda 🙂 Shaklee tawarkan tawaran ketiga iaitu dapatkan kedua-dua Shaker dan Vita-C ini dengan hanya RM78. Amacam? Best ker best giler? Kalau best giler, apa lagi. Daftarlah sekarang. Klik SINI ya, untuk daftar ahli.

3 – The Radiant 4 Set

Haaa, inilah promosi yang Kak Lin nak cerita sangat. The Radiant 4 Set. Wajib dimiliki oleh kaum Hawa macam Kak Lin. Tapi ini tiadalah bermaksud kaum Adam tak boleh milikinya. Boleh sahaja. Produk Shaklee kan sesuai untuk semua jantina 😉

Promosinya ialah, dengan setiap pembelian The Radiant 4 Set ini, jika anda adalah ahli Shaklee, anda layak memiliki e-voucher berjumlah RM60 dan juga beg kertas yang istimewa. E-voucher ini boleh digunakan kemudian. Kalau anda bukan ahli Shaklee, e-voucher itu Kak Lin yang punya 😉 Kalau tak nak sedekah kat Kak Lin e-voucher itu, Kak Lin nasihatkan, daftarlah sebagai ahli Shaklee sebelum beli The Radiant 4 Set ini. Memang untung sesangat.

Apa yang best sangat dengan The Radiant 4 Set ini? Tentu ramai nak tahu, kan? Jom baca kat bawah.

Fungsi setiap produk The Radiant 4 Set

Set ini mengandungi 4 produk iaitu ESP, Collagen Powder, Sustained Release Vita-C dan GLA Complex. Setiap produk di dalam set The Radiant 4 ini berfungsi dengan 4 tema utama. Iaitu BINA (Build) – PEJAL (Firm) – LINDUNG (Protect) – LEMBAP (Moisturize). Jom kita tengok fungsi setiap produk dengan lebih mendalam.

ESP – Protein untuk BINA kulit yang sihat

ESP ini adalah produk berasaskan protein. Macam kita belajar masa zaman sekolah-sekolah dulu, badan kita ini dibuat dari protein. Oleh itu, adik2 dan kakak2 yang Kak Lin kasihi sekalian, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, penting untuk kita semua ambil protein yang mencukupi.

Kenapa ESP? Sebab…;

  1. Membekalkan asid-asid amino penting yang tidak dibuat di dalam badan kita. Asid-asid amino penting ini pula membantu untuk mengoptimumkan fungsi kulit.
  2. Menyokong penghasilan sel-sel kulit yang sihat.
  3. Membaiki dan menjana sel-sel dn tisu kulit yang baru
  4. Menghasilkan hormon-hormon yang sihat dan enzim-enzim penting untuk kulit
  5. Menyokong penghasilan asid amino glutathione yang membantu melindungi sel-sel kulit dari rosak akibat pancaran cahaya matahari.

ESP ini dalam bentuk serbuk. Jadi, bolehlah campurkan ESP ini dalam minuman kegemaran adik2 dan kakak2 sekalian. Shake…shake…shake…gitew 🙂

PEJALkan kulit dengan Collagen Powder

Siapa kat sini tak pernah dengar kolagen? Kak Lin percaya semua pernah dengar, kan?

Kolagen ini salah satu benda yang penting lah untuk kulit kita ini. Sebab, kolagen membantu kulit kita jadi anjal dan untuk elakkan kulit kita berkedut, berparut dan juga kendur.

Kolagen boleh dihasilkan oleh badan, tapi bila umur kita semakin meningkat, kuantiti kolagen yang dihasilkan akan semakin berkurangan. Jadi, sebab itu semakin meningkat usia kita, semakin berisiko lah untuk kulit kita berkedut dan kendur. Jadi, satu cara untuk kita lambatkan proses kulit berkedut dan kendur ini ialah dengan cara ambil kolagen.

 

Khasiat Shaklee Collagen Powder;

  1. Bantu dapatkan kulit yang lebih anjal
  2. Minimumkan kemunculan kedutan
  3. Kulit yang lebih lembut dan pejal
  4. Pudarkan parut

Shaklee Collagen Powder ini macam ESP juga. Dalam bentuk serbuk. Nak makan serbuk sahaja pun boleh, nak bancuh dengan air pun boleh. Kalau bancuh dengan jus pon sodap 😉

PerLINDUNGan Anti-Oksidan dengan Sustained Release Vita-C

Kita biasa dengar orang cakap Vitamin C sebagai anti-oksidan. Gapo dio anti-oksidan tu?

Haaa, anti-oksida, maksudnya, tak nak bagi teroksida. Contoh mudah Kak Lin boleh kongsi, ialah buah epal. Kalau kita potong buah epal dan biarkan seketika, apa akan jadi pada buah epal itu? Akan jadi kuning lepas itu hitam, kan? Haaa, itu kerana permukaan buah epal tadi itu sudah teroksida. Macam mana tak nak bagi dia teroksida? Biasa Kak Lin akan tabur garam sikit atas buah epal yang sudah dikupas. Tahan lama lah sikit.

Macam itu juga dengan kulit kita. Bila terdedah dengan radikal bebas, kulit akan mudah rosak. Jadi, salah satu cara untuk lambatkan proses kerosakan kulit itu ialah dengan pengambilan anti-oksidan seperti Vitamin C. Macam mana pun, badan kita tak boleh hasilkan sendiri Vitamin C. Jadi, kenalah ambil dari pemakanan.

Kelebihan Vitamin C;

  1. Mengurangkan penglihatan kedutan, melegakan kulit kering dan kasar
  2. Menggalakkan penghasilan kolagen dan penjanaan semula kulit
  3. Membantu dalam penyembuhan luka
  4. Menentang radikal-radikal bebas

Shaklee Sustained Release Vita-C ini dalam bentuk caplet. Jadi, telan sahaja dengan air. Macam telan ubat 😉 Mudah sahaja.

Kekalkan KeLEMBAPan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah lipid kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini memainkan penting peranan dalam mengekalkan kelembapan kulit dan:

  • mengurangkan gatal-gatal pada kulit, dan membantu menyembuhkan kulit
  • mengekalkan kelembapan kulit
  • menentang radang

Shaklee GLA Complex pun sama. Dalam bentuk gel. Boleh telan dengan air 😉

Amacam, kaum Hawa? Rasa-rasa perlu tak Set The Radiant 4 ini? Atau perlu sangat-sangat? Apa lagi, grab peluang ini laju-laju!

Sertai Shaklee sekarang dan dapatkan Promosi Shaklee September 2017!

Kak Lin mengalu-alukan pendaftaran ahli Shaklee di dalam biz team kami.

Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi Terbaik

Hubungi Kak Lin untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Kak Lin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera di “Join NOW

Adik2 dan Kakak2 juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Promosi Shaklee September 2017 Yang Pasti Mengujakan Kaum Hawa

One thought on “Promosi Shaklee September 2017 Yang Pasti Mengujakan Kaum Hawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge