Di hujung minggu begini, tentunya ramai yang ingin meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Tidak kira samaada yang ingin bercuti ke destinasi-destinasi menarik, atau yang ingin pulang ke kampung halaman.

Masa inilah, ibu-ibu akan sibuk tahap gaban. Macam nak siapkan peralatan pergi perang gitu. Kena siapkan pakaian seisi keluarga, bekalan makanan dan segala macam. Kalau yang beranak kecil macam saya, nak kena fikirkan aktiviti anak-anak dan keperluan aktiviti itu supaya anak-anak tak bosan di dalam perjalanan.

Selain pakaian, makanan dan mainan, selaku ibu, saya juga akan pastikan agar tidak lupa membawa ‘First Aid Kit’ keluarga saya semasa bercuti atau balik kampung. Benda ini memang wajib bawa. Tak boleh tinggal. Kalau tertinggal, kena patah balik, untuk ambil. Tapi alhamdulillah, setakat ini tak pernah lagi ada insiden kena patah balik itu 😉

Bunyinya macam penting sangat ‘First Aid Kit‘ keluarga saya itu kan? Sampai tahap kena patah balik kalau tertinggal. Mana tidaknya, ia adalah set vitamin yang wajib saya bawa kalau bercuti bersama keluarga. Alang-alang dah sediakan masa, suami ambil cuti, tempah tempat penginapan dan aktiviti bagai, kalau ada yang tiba-tiba tak sihat, alamatnya, berkurung dalam bilik sahaja lah. Tak nak lah macam itu kan? Nanti mood cuti terganggu.

Set Vitamin Wajib Bawa Ketika Bercuti Bersama Keluarga

Kalau diikutkan, rasa nak bawa sahaja semua vitamin yang ada di rumah. Maklumlah, semua pun ada fungsi dan manfaat tersendiri. Tapi tak der lah saya bawa semua. Menjeling encik suami nanti tengok bawa barang banyak sangat. Jadi, saya bawa yang wajib sahaja lah. Yang lain, ‘sunat’ jer.

Saya namakan vitamin-vitamin ini sebagai Set Musafir. Apa yang saya akan bawa? Saya akan bawa Vita-Lea dan OsteMatrix untuk saya dan suami. Manakala untuk anak-anak saya akan bawa Vita-Lea for Children dan Chewable Vita-C Plus. NutriFeron pula untuk kegunaan seisi keluarga. Yang ini memang selalu stand-by ke mana-mana.

Kenapa saya bawa Set Musafir ini?

Vita-Lea untuk pastikan saya dan suami sentiasa cukup nutrien harian. Sebab di dalam Vita-Lea lengkap semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Jadi, saya akan mengambilnya setiap hari.

Bila travel, biasanya akan banyak berjalan. Badan cepat jer rasa lenguh-lenguh terutamanya kaki. Jadi, OsteMatrix wajib saya bawa dan ambil sebelum tidur. Boleh bantu dapatkan tidur yang berkualiti juga. Maklumlah, biasa kalau bercuti, tidur pun akan lewat sikit dari biasa.

Vita-Lea for Children pula saya bekalkan untuk anak-anak agar mereka sentiasa mendapat nutrien harian yang secukupnya. Seperti Vita-Lea, Vita-Lea for Children lengkap dengan multivitamin dan multimineral untuk keperluan kanak-kanak.

Chewable Vita-C Plus pula memang bagi anak-anak ambil setiap hari untuk tingkatkan fungsi imunisasi mereka. Andai kata mereka selesema semasa bercuti, saya akan tingkatkan dosnya. Kalau kami yang kena selesema, kami ‘paw’ Vita-C anak-anak ini 😉

 

NutriFeron pula memang akan saya stand-by setiap kali bercuti atau balik kampung. Minimum bawa 3 sachet. Tidak ambil setiap hari. Ambil bila perlu. Kalau nampak ada yang macam nak demam sahaja, saya cepat-cepat akan bancuh dalam minuman kegemaran mereka dan bagi mereka minum.

Itulah 5 jenis vitamin yang saya wajib akan bawa bila bercuti atau balik kampung. Kadang-kadang ada selit juga vitamin ‘sunat’ macam Omega Guard. Tengok keperluan juga. Yang penting, saya kalau boleh akan ikhtiar supaya ahli keluarga kekal sihat bila bercuti. Tapi kalau Allah nak bagi tak sihat, itu lain cerita lah, kan?

Ibu-ibu yang di luar sana, apa pula ‘First Aid Kit‘ keluarga anda?

Azlin Azlan

Set Vitamin Wajib Bawa Ketika Bercuti Bersama Keluarga

6 thoughts on “Set Vitamin Wajib Bawa Ketika Bercuti Bersama Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge