Sebelum ke Shaklee National Convention pada 29 April 2017 yang lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Shaklee HQ yang baru. Shaklee HQ telah pun berpindah ke lokasi baru iaitu di Sunway GEO Tower, Bandar Sunway sejak 25 April 2017 yang lalu. Memang seronok dan seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Shaklee HQ yang baru ini memang mesra pelanggan.

Shaklee HQ yang baru di Sunway Geo

Tentu ramai yang ingin tahu, di mana lokasi Shaklee HQ yang baru ini, kan?
Ianya terletak di alamat berikut;

Level 1-3, Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay,
Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Tel: 03-5622 3188
Toll Free: 1800-88-6577
Fax: 03-5622 3199

E-mail: customerinquiry@shaklee.com

Kedudukan Shaklee HQ yang baru ini memang mudah dicari. Jauh-jauh lagi dah nampak. Medatsu sangat orang Jepun kata 😉 Kedai di Aras 1, pejabat di Aras 2, dan di Aras 3 ada bilik seminar dan bilik mesyuarat.

Lokasi Pejabat dan Bilik Seminar

Waktu operasi masih sama seperti sebelum ini. Lokasi jer berubah, ok 🙂

Tersergam indah kedai Shaklee ini. Senang nampak.

Keistimewaan Shaklee HQ yang baru

Apa yang istimewanya Shaklee HQ yang baru ini? Haaa. Banyak benda yang istimewa. Jom baca satu per satu.

Yang pertama, senang dicari. Dari jalan utama pun dah nampak yang itu kedai Shaklee. Macam gambar di atas.

Yang kedua, kawasan parkir yang luas. Berada di aras G. Setiap ruang parkir siap ada sensor lagi. Kalau kosong, lampunya hijau. Kalau ada kereta sedang parkir, warnanya merah. Senang nak cari tempat yang kosong. Dari parkir, boleh naik tangga bergerak atau lif. Jalan sikit, boleh nampak kedai Shaklee. Bayaran parkirnya pun murah. Cuma RM1 untuk 3 jam pertama pada hari bekerja. PERCUMA untuk hari Sabtu dan Ahad.

Yang ketiga, kedainya berkonsepkan kedai biasa yang lain. Ambil dan bayar (pick and pay). Jadi, tak perlu ambil nombor untuk membuat pembelian seperti sebelum ini. Proses pembelian lebih mudah. Cuma kena beratur dekat cashier jer lah kalau ramai pelanggan 😉

Yang keempat, disediakan juga ruang lobi yang dilengkapi dengan kerusi dan meja. Sangat sesuai untuk buat temu janji dengan prospek. Ahli keluarga yang datang bersama pun boleh menunggu di sini sambil kita membuat pembelian 😉

Lobi ada di bahagian belakang replika tulisan HEALTH.

Kelima, bagi yang beragama Islam, musolla turut disediakan. Di aras G berdekatan tempat parkir motor. Jadi tak perlu risau nak cari tempat solat dah.

Itulah antara keistimewaan Shaklee HQ yang baru di Sunway GEO. Jemputlah ke sana. Tapi sebelum itu, pastikan anda sudah menjadi ahli Shaklee, ya! Hanya ahli yang boleh membuat pembelian di kedai Shaklee yang baru ini.

Acara kesihatan masyarakat sempena pembukaan Shaklee HQ baru di Sunway GEO

Bersempena dengan pembukaan Shaklee HQ yang baru ini, Shaklee dengan kerjasama beberapa pihak seperti Sunway GEO Avenue, Sunway Medical Centre, Breast Cancer Welfare Association dan juga GrabCar akan menganjurkan acara Shaklee Cares – A Community Health bertempat di Shaklee HQ di Sunway GEO.

Acara tersebut akan berlangsung sebanyak dua kali dengan tema yang berbeza.

6&7 Mei 2017 : Your Health Matters (10 pagi – 5 petang)

Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
– BMI, tekanan darah, gula dalam darah, kolesterol

Ceramah Jantung Sihat oleh Dr. Teoh Jun Kiat, Pakar Jantung dari Sunway Medical Centre.
– 6 Mei 2017, jam 2:30 – 3:30 petang

Bagi yang akan ke acara ini pada 6&7 Mei dengan menaiki Grab Car, anda akan mendapat diskaun RM5 dengan kod promosi GRABSHAKLEE.

20&21 Mei 2017 : Family Wellness (10 pagi – 5 petang)

Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
– payudara, kepadatan tulang, analisa kulit, BMI

Ceramah Kesihatan Reproduktif oleh Dr. Kannapan Palaniappan, Pakar O&G dari Sunway Medical Centre.
– 20 Mei 2017, jam 2:30 – 3:30 petang

Banyak lagi aktiviti menarik yang akan berlangsung sepanjang acara tersebut. Antaranya;

  • Shaklee Opportunity Hour – sesi perkongsian bersama para Master yang telah berjaya di dalam perniagaan Shaklee
  • Permainan dan Aktiviti sesuai untuk seisi keluarga
  • Shaklee Tornado Chamber – di mana anda berpeluang memenangi hadiah menarik
  • dan baaaanyaak lagi 🙂

Jadi, kosongkan tarikh ini, dan bawa seisi keluarga serta kenalan ke acara Shaklee Cares ini. Sambil melawat Shaklee HQ yang baru, anda dan keluarga dapat meningkatkan ilmu tentang kesihatan.

JOM bersama keluarga Shaklee!

Bagi yang ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut, ya. Dialu-alukan juga bagi yang berminat untuk jana pendapatan.

013-9752402 (Azlin)

parentsbijak@gmail.com

Daftar keahlian Shaklee segera diJoin NOW

Anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda melalui perkhidmatan e-Sell Shaklee. Boleh klik ikon di bawah untuk membuat pembelian.

e-sell

* These products are NOT intended for purpose of diagnosing, treating, curing, or preventing any ailments, allergies or diseases. 

Kami juga merupakan Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi (ID 1087188).

Kami menyediakan perkhidmatan COD (Cash-On-Delivery) untuk kawasan sekitar Bandar Baru Bangi, juga penghantaran ke seluruh Malaysia melalui khidmat kurier.

Shaklee HQ yang baru di Sunway Geo

4 thoughts on “Shaklee HQ yang baru di Sunway Geo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge