Ibu beranak kecil & Perniagaan

Pos Laju EziDrive Thru| Siapa di kalangan pembaca blog Parents BIJAK ini adalah seorang ibu? Sila angkat tangan dalam hati πŸ˜‰ Kak Lin percaya, ramai di kalangan ibu-ibu di sini yang juga menjalankan perniagaan. Tak kiralah sama ada ibu bekerjaya atau pun ibu yang menjadi suri di rumah macam Kak Lin. Samaada perniagaan sambilan untuk mencari pendapatan sampingan atau memang kerjaya sebagai peniaga atau usahawanita.

Kak Lin juga yakin,Β ramai ibu-ibu yang berniaga di sini tidak boleh lari dari berurusan dengan perkhidmatan penghantaran seperti Pos Laju dan yang seangkatan dengannya. Terutama sekali ibu-ibu yang berniaga secara atas talian atauΒ online. Daripada urusan beli sampul, pembungkusan, pos barang, ambil barang, dan sebagainya.

Setuju atau tidak kalau Kak Lin kata, benda yang paling ibu-ibu tidak suka ialah pos barang? Kalau terima barang tu, semua suka, kan? Sebab dapat benda yang kita nak, atau mungkin encik suami buat surprise, hantar hadiah guna khidmat kurier πŸ™‚ Mungkin berikut adalah sebab kenapa ibu-ibu tidak suka pos barang.

5 sebab ibu beranak kecil BENCI pos barang

1. Susah nak cari parking

Kebanyakan pejabat pos/kurier memiliki ruangan parkir yang terhad. Tambahan pula, ibu-ibu beranak kecil ini lebih suka kalau ada parkir yang dekat dengan pintu masuk pejabat pos. Kalau tiada parkir yang berdekatan pintu masuk, ibu-ibu lebih rela tawaf pejabat pos daripada parkir di tempat yang jauh. Betul ker sangat betul?

2. Perlu angkut barang-barang dan anak (anak-anak)

Nak cari parkir satu hal. Bawa pula anak kecil. Nak angkut anak lagi, nak angkut barang lagi. Kalau barangnya seketul dan ringan, tiada masalah. Dibuatnya barang berketul-ketul, tambah pula berat-berat semuanya, memang nangis bucu pintu kereta lah jawabnya. Itu tak ambil kira lagi ibu yang bukan dengan anak seorang, anaknya 2,3 orang. Bila sampai pejabat pos, tidur pula semuanya. hohoho. Pengsan nak angkut semua turun kereta.

3. Kena tunggu lama

Dah angkut anak-anak dan barang-barang turun kereta, macam biasa, nak pos, kenalah ambil nombor giliran. Kalau sekejap, tiada masalah. Tapi kebiasaannya bukan sekejap. Tapi, kenalah juga tunggu. Kalau tak tunggu, tak terhantar lah barang pelanggan.

4. Susah nak kawal anak di pejabat pos

Bila dah kena tunggu lebih 5 minit, biasanya anak-anak pon mulalah tunjukkan aksi-aksi minta perhatian. Ada yang panjat kerusi, ada yang baring di kerusi menunggu, ada yang mula nangis, ada yang berlari-lari. Kusss semangat. Nak naik hijau ibu dibuatnya. Setiap kali lepas pos barang, mesti bertaubat, tak nak pergi pejabat pos dengan anak-anak dah. Tapi, ini bukan taubat nasuha. Sebab, bila ada pelanggan order, kena juga lah pergi. Kan, kan, kan? πŸ˜‰

5. Persiapan untuk keluar lebih memenatkan dari urusan pos barang

Yang ini Kak Lin rasa semua pakat angguk kepala tanda setuju. Nak pos barang seketul atau beberapa ketul jer, tapi persiapan nak keluar dengan anak-anak itu, bukan main lagi mencabar. Memenatkan lebih dari pos barang.

Kalau yang menyusu, kena susukan dia sampai kenyang dulu. Kalau yang jenis anak tak berapa suka duduk dalam car seat, kena bagi dia tidur dulu barulah kita tenang nak pandu kereta. Cek lampin, siapkan lampin, baju lebih, bekalan makanan anak-anak dalam kereta, bekal air, mainan, pendek kata segala mak nenek nak kena angkut. Itu belum masuk adegan, bila dah dekat pintu, masa itulah juga anak buat projek baja asli. huhu.

Kak Lin kalau setakat barang yang nak dipos seketul, dua, dan tiada rancangan untuk ke mana-mana selain pejabat pos, Kak Lin akan minta tolong suami Kak Lin yang poskan. Kalau beliau tak boleh, baru Kak Lin akan gagahkan diri juga untuk keluar. Tapi, sekarang dah senang. Sebab yang no 1-4 itu dah boleh diatasi. Nak tahu rahsianya? Baca kat bawah, ya πŸ™‚

Urusan Ibu Beranak Kecil Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru

Haaa. Inilah rahsianya. Perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru. Memang sangat memudahkan urusan ibu beranak kecil macam Kak Lin πŸ™‚

Terletak di beberapa lokasi Pusat Pos Laju terpilih (boleh cek lokasi di SINI), perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru ini berfungsi macam perkhidmatan Drive-Thru makanan segera yang biasa kita lihat. Dengan hanya 3 langkah mudah berikut, urusan kiriman barang anda, selesai.

  1. Pastikan bungkusan sedia dan borang sudah diisi. Kalau kereta banyak, perlu beratur. Beratur guna kereta jer πŸ˜‰
  2. Lalu sahaja di kaunter dan serahkan bungkusan beserta borang.
  3. Tunggu kakitangan timbang berat bungkusan, dan buat bayaran.

Jika ibu-ibu guna sampul/kotak pra-bayar, ibu-ibu boleh skip langkah no 3.

Bungkusan READY, sekarang beratur. Tunggu dalam kereta jer.
Nanti ada abg/kakak posmen keluar dan ambil bungkusan
Kak Lin biasa guna sampul Pra-Bayar. Jadi tiada gambar masa bayar. hihi. Kak Lin belanja gambar ni. Maaf naa.

Mudah, bukan? Urusan pos barang lancar hanya menerusi tingkap kereta anda!

Tapi, ada syaratlah. Syaratnya, barang yang nak dipos itu perlu dibungkus dalam bungkusan pos laju terlebih dahulu. Samaada bungkusan Pos Laju Fyer atau Pos Laju Pra-Bayar. Boleh rujuk harga di SINI. Borang pun isi siap-siap, ok.

Jadi, ibu-ibu cuma perlu ke Pejabat Pos untuk beli bungkusan ini sahaja. Boleh minta tolong encik suami belikan. Atau boleh beli secara online. Google sahaja, pasti jumpa yang dijual secara online πŸ˜‰

Ibu-ibu pasti gembira dengan khidmat Pos Laju EziDrive-Thru!

Kak Lin sejak tahu perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru ini, memang seronok pos barang. Tak perlu susah-susah angkut anak dan barang ke pejabat pos. Anak-anak tidur pun, masih boleh pos barang. Lepas pos barang, kita boleh pergi ronda-ronda. Hehe.

Nanti semaklah lokasi Pos Laju EziDrive-Thru itu, ya. Ada atau tidak di lokasi berdekatan ibu-ibu sekalian. Kalau ada, alhamdulillah. Boleh guna. Kalau tiada, hantar borang cadangan banyak-banyak kepada pejabat pos di lokasi anda. Doa banyak-banyak. Mana tahu bila banyak permintaan, Pos Laju tambah lokasi EziDrive-Thru di lokasi anda. Tak gitu πŸ™‚ Ibu-ibu yang tinggal di Bandar Baru Bangi, boleh ke Taman Industri Selaman. Di situ lokasi EziDrive-Thru kegemaran Kak Lin.

Selamat Pos Barang!

-Kak Lin kongsi-

Urusan Ibu Beranak Kecil Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru

One thought on “Urusan Ibu Beranak Kecil Lebih Mudah dengan Perkhidmatan Pos Laju EziDrive-Thru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge