Kelas Soroban/Sempoa Tangan| Minggu depan akan bermula cuti sekolah bulan Mac 2018. Ibu bapa sekalian sudah rancang aktiviti untuk anak-anak sempena cuti sekolah ini? Atau masih mencari-cari aktiviti yang sesuai? Jika ibu bapa ingin anak kuasai teknik kira pantas gaya Jepun, apa kata daftarkan anak-anak anda ke Kelas Soroban/Sempoa Tangan di Bandar Baru Bangi dan di Pasir Puteh, Kelantan sempena cuti sekolah bulan Mac 2018 ini.

Kelas Soroban/Sempoa Tangan Cuti Sekolah

Apa dia Soroban/Sempoa Tangan? Soroban/Sempoa tangan ini adalah sempoa versi tangan 😉 Di mana para peserta akan menggunakan jari di kedua-dua belah tangan untuk membuat operasi tambah dan tolak. Sempoa tangan ini adalah salah satu bentuk mental arithmetic yang dapat membantu merangsang perkembangan otak kira dan kanan. Pendek kata, ianya satu lagi teknik kira pantas 🙂

Kelas ini dianjurkan khusus untuk kanak-kanak yang akan berusia 7-12 tahun.

Apa yang anak-anak akan belajar?

  • Pengenalan sempoa tangan
  • Kaedah kira pantas menggunakan sempoa tangan (operasi tambah & tolak 2 digit)
  • Senaman minda (brain gym)

Bilakah Kelas Soroban/Sempoa Tangan akan berlangsung?

Terdapat 2 kelas yang akan dianjurkan.

Tarikh 1: Ahad, 18 Mac 2018
Masa: 9:00 pagi – 12:30 tgh
Tempat: Bandar Baru Bangi, Selangor

Tarikh 2: Khamis, 22 Mac 2018
Masa: 9:00 pagi – 12:30 tgh
Tempat: Pasir Puteh, Kelantan

Berapakah yuran penyertaan?

Yuran cuma RM90 seorang.
Pakej adik beradik (min 2 orang) RM85 seorang.

Harga Early Bird RM85 seorang (biasa), RM80 seorang (adik beradik) jika mendaftar sebelum;
Jam 6 petang Jumaat, 16 Mac 2018 bagi kelas 18hb Mac, dan,
Jam 6 petang Selasa, 20 Mac 2018 bagi kelas 22 Mac.

Kudapan dan handout turut disediakan.

Bagaimana untuk mendaftar Kelas Soroban/Sempoa Tangan Cuti Sekolah?

Ibu ayah berminat daftarkan anak-anak ibu ayah? Caranya mudah sahaja. Daftar di link di bawah;

https://goo.gl/forms/LVKhk3jcGpI8mxzV2

Atau hubungi Kak Lin dengan klik link berikut;

http://www.wasap.my/+60139752402/sempoatangan

Cepat-cepat, ya Ibu Ayah. Sebab tempat yang ditawarkan tersangat TERHAD 🙂

 

Azlin Sensei
Your Soroban Sensei (Guru sempoa anda!)

Kelas Sempoa Tangan – Teknik Kira Pantas Gaya Jepun

One thought on “Kelas Sempoa Tangan – Teknik Kira Pantas Gaya Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge